KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula Khamis sehingga 14 Ogos ini, bakal mengetengahkan galeri-galeri menarik dan inovasi mekanisasi sektor perikanan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Ketua Pengarah Perikanan Mohd Sufian Sulaiman berkata pihaknya menanti kunjungan orang ramai terutama pelajar sekolah ke Laman Agro-Food Pertanian, iaitu antara tarikan ialah Galeri Sea of Life yang memaparkan konsep pengurusan pelbagai ekosistem.
"Pameran Usaha Konservasi Perikanan seperti tukun, penyu dan spesies terancam merupakan antara aktiviti yang dirancang di dalam galeri ini, sebagai usaha menyebarkan kepentingan konservasi kepada orang ramai.
"Igloo Showcase yang diadakan di Galeri Sea of Life pula adalah aktiviti interaktif 3D (tiga dimensi) dasar laut yang akan memberi pengalaman istimewa kepada pengunjungnya," katanya kepada Bernama.
Selain itu katanya Galeri Inovasi Perikanan pula akan mempamerkan projek di bawah Program Mekanisasi dan Automasi yang bermatlamat memudahkan kerja nelayan khususnya dalam tangkapan kerang.
Beliau berkata 10 penciptaan baharu, antaranya Ergo Cockles Harvester dan Hydro Cockle Sorter akan diketengahkan dalam galeri tersebut.
Katanya, tangkapan kerang boleh mencapai berat ratusan kilogram serta melibatkan penggunaan tenaga kerja dan kekuatan fizikal yang tinggi, justeru penciptaan Ergo Cockles Harvester amat bertepatan untuk tujuan itu.
Sementara itu, mekanisasi Hydro Cockle Sorter yang dipasang di dalam sesebuah bot membolehkan proses pengasingan kerang terus dilakukan sekali gus memudahkan penjualan kerang.
"Lazimnya kerang hanya boleh diasingkan selepas nelayan naik ke darat dan itu menjadi pembaziran masa," katanya.
Galeri lain oleh Jabatan Perikanan ialah 'Tuna in the House', Dunia Santuari Ikan Sungai, Dunia Sains Akuatik, Perikanan Tangkapan, Teknologi Akuakultur, Ikan Hiasan, Penguatkuasaan, Aquarius, Sangkar Ikan Air Tawar myGAP, myAgroprenuer Muda dan DOF Showcase.
Laman Agro-Food Perikanan adalah satu daripada lapan laman pertanian iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultur yang akan mewarnai MAHA 2020 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
![Jabatan Perikanan pamer galeri menarik, inovasi mekanisasi di MAHA 2022 Jabatan Perikanan pamer galeri menarik, inovasi mekanisasi di MAHA 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659334911_TBRONALDKIANDEEjpg.jpg)
Ronald Kiandee (kanan) melancarkan checkpoint kelima (Laman Perikanan) oleh Jabatan Perikanan pada Media Tour MAHA 2022 @ Road to MAHA Zon Tengah di Laman Tiba 1 MAEPS, hari ini. - Bernama
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719931819_TBKhooYingHooi.jpg)
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Ying Hooi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang dilantik secara rasmi sebagai Anggota Dewan Penasihat Antarabangsa (IAC).
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694504905_JohariGhanibahas.jpg)
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
![MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660388200_IsmailSabriMAHA.jpg)
MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
![Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660371470_MAHAMAEPS.jpg)
Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.
![MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659955452_TBmaha.jpg)
MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.
![MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659948769_TBazmin.jpg)
MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.
![MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659928555_MAHA.jpg)
MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.
![MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659838004_MAHAMAEPS.jpg)
MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1
![KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659795204_TBHALIMAHMOHAMED.jpg)
KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
![MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659791154_TBMAHA.jpg)
MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.
![Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022 Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659703628_TBDIDI.jpg)
Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.
![Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022 Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659618435_TBdurian.jpg)
Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.