SERDANG: Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden yang mewarnai Laman Florikultur pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Zahimi Hassan berkata pembinaan landskap yang mendapat kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap, Perbadanan Putrajaya dan Pos Malaysia itu juga turut menampilkan elemen fauna termasuk penggunaan kira-kira 300 ekor rama-rama serta alunan pancuran air.
Beliau berkata secara keseluruhan, terdapat lapan taman bunga diketengahkan iaitu Taman Pelangi, Taman Vertikal, Taman Bunga Matahari, Taman Tropika, Taman Petunia, Taman Orkid, Taman Urban dan Taman Inggeris.
Mempunyai keunikan yang berbeza antara satu sama lain, beliau berkata Taman Bunga Matahari diolah dengan menyusun rapat ratusan bunga bagi memberikan impak seakan sinaran mentari, selain dihiasi dengan struktur cermin dan kincir angin bagi memberikan pantulan refleksi serta membangkitkan keinginan pengunjung untuk merakamkan gambar.
"Sementara itu, Taman Tropika pula mengetengahkan lebih 15 daripada spesies tumbuhan herba dan bunga eksotik yang jarang ditemui oleh orang ramai. Ini termasuk spesies tumbuhan bunga giant bird of paradise, lempoyang, rattle snake dan sepit udang yang lazimnya hanya boleh ditemui di kawasan hutan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang.
"Setiap tumbuhan di sini (Taman Tropika) mempunyai fungsi etnobotani yang baik, tidak hanya bersifat cantik malah boleh dijadikan ubat kepada manusia. Oleh itu, apabila berada di taman ini, kami percaya pengunjung akan dapat merasai pengalaman seperti sedang berada di dalam hutan tropika," katanya kepada Bernama.
Zahimi berkata selain itu, elemen kolam buatan, pancuran air, pagar, gerbang arca dan kerusi taman juga digunakan untuk melengkapi Tanaman Hiasan Semusim serta pokok juniper di Taman Inggeris bagi memberikan pesona seakan Hyde Park, London.
Tambahnya di Taman Bandar pula, pengunjung disajikan kelainan dengan berpeluang melihat beberapa arca bermotifkan daun selain didedahkan dengan aktiviti pertanian bandar yang menggunakan kaedah konvensional iaitu batas tanaman atau raised bed serta pertanian moden hidroponik di laman rumah atau di kawasan kebun komuniti.
"Konsep pertanian ini diharap dapat memberikan panduan kepada pengunjung untuk menjimatkan barangan dapur dan menjana pendapatan sampingan. Antara tanaman yang sesuai untuk penanaman ini ialah pokok limau purut, pokok limau kasturi, kunyit, pandan wangi, pudina, kari dan cili api," katanya.
Zahimi berkata selain itu, Jabatan Pertanian turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti demonstrasi penghasilan produk kecantikan menggunakan bunga dan herba, jualan input pertanian, kuiz dan hiburan santai sepanjang pameran bagi menarik kehadiran kira-kira 1.1 juta pengunjung.
Laman Florikultur adalah satu daripada lapan laman pertanian selain Laman Perikanan, Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas dan Laman Jentera yang mewarnai MAHA 2022 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Keseluruhannya, terdapat lapan taman bunga diketengahkan di MAHA iaitu Taman Pelangi, Taman Vertikal, Taman Bunga Matahari, Taman Tropika, Taman Petunia, Taman Orkid, Taman Urban dan Taman Inggeris. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.

Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.

MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.

MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.

MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.

MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1

KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.

Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.

Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.