KUALA LUMPUR: Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program yang berlangsung bermula 4 hingga 14 Ogos itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Karnival MAHA bukan sahaja mempamerkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan iaitu apabila membicarakan mengenai sekuriti makanan yang membabitkan nelayan, peladang dan sebagainya termasuk syarikat swasta tapi ia memberikan gambaran rakyat Malaysia dapat hadir bersama mengambil bahagian.
“Gerai pameran KPN ini telah dimulakan sejak dari 4 Ogos lepas dan ramai hadir membabitkan masyarakat yang majmuk dari segi kepelbagaian agama, budaya adat resam dan sebagainya.
“Pada masa yang sama, saya berharap apabila pengunjung hadir ke gerai pameran KPN ini dapat menerapkan agenda Semarak Uniti sebagai pengisian keluarga Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Pada masa yang sama Uniti Berita Challenge hasil kerjasama KPN Semarak Uniti dan Astro AWANI turut diadakan bagi menarik orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan MAHA kali ini.
Program ini dilaksanakan pada 6, 13 dan 14 ogos pada jam 2.00 hingga 4.00 petang di Dewan A, MAEPS Serdang.
Antara pameran yang terlibat adalah Projek Ekonomi KRT seperti Projek Pertanian dan Penternakan (Akuaponik), Projek Pertanian (Hidroponik dan Tanaman Pasu), Projek Pertanian (Unity Gardening Drum, UGD) dan Pameran produk keluaran KRT (Sos Cili Warisan, kerepek dan mini popia, sambal hitam, madu kelulut dan bertih jagung).
Terdapat juga aktiviti menarik di Rumah KAMI dengan pengisian seperti Jom Cuba (makanan, pakaian, alat muzik dan kesenian, kraf tangan dan permainan), pameran busana serta kesenian dan alat muzik.
Di samping aktiviti Pentas Mini di gerai KPN yang membawa persembahan kebudayaan, kesenian (alat muzik), instrumen (angklung dan cak lempong), buskers dan persembahan sapelele pastinya akan memukau orang ramai yang mengunjungi karnival itu.
Selain itu, aktiviti Sembang Kopitiam UNITI bersama pesohor media sosial yang dijemput khas juga turut diadakan dengan membincangkan topik-topik menarik berkaitan perpaduan kepada pengunjung.
Selepas penat berjalan, pengunjung mungkin boleh mencuba nasib dengan menyertai aktiviti menarik seperti Roda Perpaduan yang menyediakan hadiah-hadiah menarik.
Bagi mereka yang gemar akan swafoto, ini peluang keemasan untuk menunjukkan bakat anda menerusi Pertandingan Selfie UNITI. Anda berpeluang untuk berkongsi foto atau detik-detik perpaduan dan ‘tag’ Facebook KPN.
Eton Khir
Sat Aug 06 2022

Halimah berkata program yang berlangsung bermula 4 hingga 14 Ogos itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.

Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.

Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.

Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.

Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.