SERDANG: Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 14 Ogos ini.
Pengarah Bahagian Kejuruteraan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Zaipudin Mohamad berkata simulasi menggunakan Simulator Combine Harvestor itu disediakan bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman menuai padi di sawah dengan mengoperasikan mesin jentuai.
"Seakan simulasi penerbangan, simulasi ini memberikan pengalaman secara maya kepada pengunjung untuk mengoperasikan mesin jentuai di sawah berbanding pendekatan pergi sendiri ke tempat sebenar (sawah) tetapi tiada kemahiran untuk membawa mesin tersebut.
"Di sini kita ada pengajar yang akan mengajar cara-cara mengoperasikan mesin malah hasil tuaian yang kita peroleh juga akan dipaparkan pada skrin besar simulator, seolah-olah kita memang sedang berada di sawah untuk menuai padi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Selain tarikan itu, Zaipudin berkata pihaknya turut akan mempamer tujuh jentera klasik di Muzium Mini Jentera bagi membolehkan pengunjung mengenali secara lebih dekat peralatan pertanian yang digunakan petani pada era antara 1905 hingga 1957.
Antara peralatan itu ialah Bajak Pahat dan traktor Field Marshall (model K4462) yang masing-masing dibeli oleh Jabatan Pertanian pada 1905 dan 1952 untuk melaksanakan kerja-kerja pembukaan kawasan baharu daripada kawasan hutan dara menjadi projek pertanian.
"Peralatan Bajak Pahat dioperasikan dengan cara ditarik oleh traktor berkuasa 100hp 4WD ke atas atau bulldozer, berfungsi mengeluarkan batu dan tunggul kayu serta memecah dan melonggarkan tanah yang keras dan kering sebelum penggunaan alat pembajakan biasa.
Zaipudin berkata secara keseluruhan, terdapat 40 pempamer dan 15 agensi kerajaan akan memperkenalkan produk masing-masing di Laman Jentera dengan sasaran menarik lebih 300,000 pengunjung.
"Pada edisi MAHA 2018 yang lepas, laman ini berjaya merekodkan RM1.8 juta nilai jualan menerusi penjualan pelbagai peralatan pertanian khususnya jentuai mini. Oleh itu, sudah tentu kami mengharapkan perkara yang sama tahun ini atau lebih baik," katanya.
Laman Jentera adalah satu daripada lapan laman pertanian selain Laman Perikanan, Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, dan Laman Florikultur yang mewarnai MAHA 2022 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Orang ramai berpeluang mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung selama 11 hari. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.

Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.

MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.

MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.

MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.

MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1

KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.

Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.

Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.