PUTRAJAYA: Jabatan Landskap Negara diarahkan untuk mengenal pasti spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di kawasan bandar yang tidak mengundang bahaya kepada orang awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.
"Jabatan Landskap Negara telah diberikan amanah untuk mengenal pasti spesies pokok yang sesuai ditanam dalam kawasan bandar iaitu di sepanjang jalan demi menjaga keselamatan orang awam," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) di sini hari ini.
Menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam semula 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.
Langkah itu juga susulan beberapa insiden pokok tumbang di ibu kota dalam masa sebulan hingga ada yang maut akibat kejadian tidak diduga itu.
Insiden yang berlaku pada 7 Mei lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu telah menyebabkan seorang lelaki maut dan seorang cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang.
Mengenai HLN 2024, Nga berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan sambutan HLN 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
Menurutnya ini merupakan kali pertama dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli untuk merasmikan Hari Landskap Negara.
Katanya sambutan HLN 2024 yang merupakan sambutan kali ke-25 bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI akan diadakan selama 10 hari bermula pada 24 Mei dan dijangka dihadiri 50,000 pengunjung.
Nga berkata penganjuran HLN 2024 bertujuan meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap terutamanya dalam kalangan generasi muda serta menyebar luas kepentingan landskap terhadap kesejahteraan kehidupan melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.
"Sambutan ini juga bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan dalam kalangan semua pihak terhadap landskap," katanya.
Pelbagai acara dirancang untuk memeriahkan sambutan antaranya Larian HLN 2024, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi masakan 'From Garden to Kitchen', pertandingan melukis mural dan pembinaan arca dari bahan kitar semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Nga Kor Ming berkata, perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming
Perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.