IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sudah mengenal pasti identiti individu yang membeli kuih limas yang didakwa mempunyai gumpalan rambut di dalamnya di sebuah bazar Ramadan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti bazar yang terbabit dalam keajadian tular itu, iaitu Bazar Ramadan Teluk Intan.
Katanya, sampel kuih limas itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak untuk siasatan lanjut.
"Berdasarkan risikan yang dijalankan, pengadu telah dikesan dan diminta untuk tampil ke PKD Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.
"Bapa pengadu iaitu individu yang membeli makanan yang tercemar tersebut telah hadir ke PKD untuk membuat aduan secara rasmi dan makanan yang diadukan masih disimpan telah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau mengulas gambar tular dengan kapsyen antara lain menyebut 'Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan' sambil dilampirkan gambar kuih dan gumpalan rambut tersebut.
Mohd Akmal berkata siasatan akan dijalankan di tempat kejadian dan lokasi makanan disediakan menerusi Operasi Khas 'Kuih Limas' dan disiasat menggunakan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Katanya pelanggan disaran untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang melanggar dan tidak mematuhi etika penyediaan dan penjualan makanan yang selamat melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan, secara jumpa terus ke PKD terdekat atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Beliau berkata orang ramai juga boleh membuat aduan dengan mengemukakannya melalui e-mel jknperak@moh.gov.my.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Apr 13 2022
Sampel kuih limas itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak untuk siasatan lanjut. - Foto media sosial
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
'Diasak' kuih viral, limas dan lempeng pisang kelapa masih dapat permintaan
Walaupun makanan dari luar negara seperti takoyaki dan oden semakin menarik perhatian masyarakat, kuih tradisional tetap mempunyai peminat tersendiri.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Tindakan diambil selepas peroleh laporan makmal - Exco Kesihatan
Hasil siasatan awal mendapati tempat memproses dan menjual kuih limas di rumah peniaga berkenaan dalam keadaan bersih.
Sampel kuih limas dengan gumpalan rambut dihantar ke makmal
Sampel makanan kuih limas yang tular dalam media sosial kerana penemuan gumpalan rambut di dalamnya didakwa dibeli di Bazar Ramadan Teluk Intan akan dihantar untuk analisis makmal.
Jabatan Kesihatan kenal pasti pengadu kuih limas ada gumpalan rambut
Sampel kuih limas itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak untuk siasatan lanjut.