PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan dipercayai memanipulasi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dengan mengenakan bayaran RM7,000 bagi pendaftaran setiap individu, dalam serbuan di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan oleh pasukan daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dilakukan pada 10 malam di sebuah premis dan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun disyaki dalang utama sindiket itu, ditahan.
Beliau berkata turut dirampas wang tunai sebanyak RM2,000, 188 pasport Bangladesh, lima pasport Indonesia, masing-masing empat pasport India, Pakistan, Nepal dan satu pasport Thailand, selain pelbagai borang permohonan Program RTK 2.0 dan sebuah komputer riba.
"Modus operandi sindiket yang dipercayai telah beroperasi selama setahun ialah menyasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, Nepal dan Thailand yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa.
"Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini, kemudian menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti urusan permohonan Program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen," katanya menambah individu yang ditahan itu tidak mempunyai pas sah untuk berada di negara ini.
Ruslin berkata lelaki itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya bagi siasatan lanjut.
Sementara itu, katanya seorang wanita warga tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Ruslin berkata lelaki itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Empat pelajar universiti swasta ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang merupakan pelajar sebuah universiti swasta dan merampas dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar, semalam.

Tiga warga tempatan dalang utama sindiket ejen haram Imigresen ditahan
Dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang utama sindiket ejen haram antara lapan individu ditahan dalam operasi khas JIM.

36 individu ditahan disyaki terlibat kegiatan persundalan seks bebas
Sebanyak 36 individu termasuk pelajar universiti dan penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan persundalan seks bebas (swinger).

Polis tumpas kumpulan samun dan pecah kuil di Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan dua wanita sekali gus menumpaskan kumpulan jenayah samun dan pecah kuil di tiga daerah di negeri itu dalam siri serbuan baru-baru ini.

DBKL perlu pastikan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri dari warga tempatan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil hanya terdiri daripada warga tempatan, kata Presiden G3PM Datuk Seri Rosli Sulaiman.

Suspek liwat kenalan gimnasium ditahan di Ipoh
Seorang pemuda tempatan yang dipercayai meliwat lelaki warga Bangladesh yang baru dikenalinya di sebuah kondominium ditahan polis di Ipoh, pada Jumaat.

KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
KPDN Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands tiada lesen memandu - Polis
Pemandu bas persiaran terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands yang mengorbankan dua pelancong China didapati tidak mempunyai lesen memandu.

APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.

Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.