KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mempertahankan kod etika pakaian di premis pejabatnya sebagai 'amalan baik' yang telah lama dipraktikkan.
Namun, mengulas mengenai insiden seorang pelanggan wanita yang tidak dibenarkan memasuki pejabat SSM di Ipoh atas faktor pakaian, SSM berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu.
“SSM amat kesal dengan insiden yang berlaku ini dan bersedia menerima cadangan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan.
“Pelaksanaan kod etika berpakaian semasa berurusan di kaunter-kaunter perkhidmatan SSM telah lama diamalkan dan merupakan amalan baik dengan mengambil kira perkhidmatan yang disampaikan melibatkan semua lapisan masyarakat di negara ini, seperti mana di agensi-agensi perkhidmatan awam yang lain,” kata SSM dalam satu kenyataan.
Dalam video yang tular di media sosial sejak Jumaat, seorang kakitangan SSM dilihat tidak membenarkan pelanggan wanita memasuki pejabat SSM di Ipoh kerana dikatakan tidak mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan.
Wanita tersebut bertanya kepada kakitangan itu tentang ciri-ciri pakaiannya yang melanggar garis panduan, namun diberitahu bahawa hal itu boleh dibangkitkan semula dengan pegawai atasan.
Menurut laporan The Star, wanita tersebut yang dikenali sebagai Khor Hooi Chin, 41 tahun, tiba di pejabat SSM pada 11 pagi Jumaat sebelum diberitahu bahawa dia tidak dibenarkan memasuki pejabat itu.
Dia kemudian terpaksa membeli pakaian baru dan menunggu sehingga pejabat SSM dibuka semula pada jam 2.45 petang sebelum dibenarkan memasuki premis tersebut.
Ini merupakan insiden terbaharu membabitkan wanita dilarang memasuki premis kerajaan atas alasan pelanggaran kod pakaian.
Baru-baru ini, beberapa insiden sama didakwa berlaku antaranya di pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Astro Awani
Sat Mar 11 2023

Wanita tersebut dikatakan tiba di pejabat SSM pada 11 pagi Jumaat sebelum diberitahu bahawa dia tidak dibenarkan memasuki pejabat itu. - Gambar/ Instagram realchunwai

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara SSM Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Perak di Jalan Basco Kepayang, di Ipoh.

Syarikat, pengarah didakwa tawar syer keutamaan kepada orang awam bernilai RM15 juta
Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa datas empat pertuduhan penawaran syer 'Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)' kepada orang awam.

Liberty Technology Resources diarah bayar RM14.39 juta kepada SSM
Perjanjian bagi pembangunan projek itu telah ditandatangani antara SSM dan LTRSB pada 13 Sept, 2017.

Penipuan pelaburan: Lebih 100 mangsa serah penyataan tambahan kepada SSM
Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Isu tular: Kod etika pakaian adalah amalan baik, sudah lama dilaksana - SSM
SSM mengulas mengenai insiden seorang pelanggan wanita yang tidak dibenarkan memasuki pejabat SSM di Ipoh atas faktor pakaian.

Tiada peruntukan khusus kepada Yayasan Kepimpinan Perdana - Armizan
Katanya, yayasan itu berstatus 'existing' di dalam Daftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga kini.

SSM rangka pindaan undang-undang, bantu syarikat terbeban akibat COVID-19
RUU itu mencerminkan komitmen SSM untuk memperkasa dan menambahbaik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat.

Lebih 8.5 juta perniagaan, 1.4 juta syarikat berdaftar dengan SSM
Kejayaan itu disumbang usaha Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mentransformasikan proses pendigitalan bagi mendaftarkan pelbagai entiti perniagaan.

Malaysia perlu undang-undang mengenai pemilikan benefisiari - SPRM
Menurutnya, sepanjang 37 tahun berkhidmat sebagai pegawai pencegahan rasuah, beliau menyaksikan bagaimana penyelewengan dan aktiviti rasuah berkembang.