KUALA LUMPUR: Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata penyerahan penyataan tambahan itu diharap dapat digunakan bagi melancarkan siasatan SSM.
Menurut beliau, belum ada lagi tangkapan dilakukan sejak mereka membuat laporan polis pada Mac lepas dan ia meresahkan mangsa yang terlibat.
"Merujuk kepada Seksyen 27A Akta SSM iaitu kuasa penguatkuasaan dan pemeriksaan penyiasatan yang mana pendaftar (ketua pegawai eksekutif SSM) mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua yang diperuntukkan dalam tatacara.
"Ini bermaksud SSM ada kuasa untuk menangkap. Tak perlu tunggu polis. SSM boleh terus menangkap sekiranya skim pelaburan itu adalah skim pelaburan yang gagal daftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2012," katanya pada sidang media di Menara SSM @ Sentral di sini hari ini.
Hishamuddin berkata mana-mana pengarah syarikat yang menjalankan skim pelaburan tanpa berdaftar dengan SSM di bawah Akta Skim Kepentingan 2012, boleh dikenakan penjara selama 10 tahun atau denda RM50 juta.
Ini merupakan langkah ketiga diambil mangsa penipuan syarikat pelaburan tersebut setelah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) masing-masing pada Mac dan April lepas.
Kebanyakan mangsa yang ditemui mengakui tertarik untuk menyertai skim pelaburan tersebut setelah syarikat pelaburan itu memberitahu nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan telah turut sama menyertai skim pelaburan terbabit sedangkan mereka tidak terlibat langsung dengan syarikat pelaburan itu.
Seorang bapa kepada atlet terkenal yang enggan mendedahkan namanya turut terpedaya dan menjadi mangsa skim pelaburan itu dengan kerugian berjumlah RM150,000 setelah menyangka skim pelaburan itu adalah produk ditawarkan oleh bank tempatan.
"Tetapi sebenarnya tidak. Ejen yang kenalkan saya dengan skim pelaburan itu memang seorang pekerja sebuah bank tempatan, namun akibat dikaburkan dengan pulangan sehingga enam peratus sebulan. Saya terus sertai skim pelaburan itu dan hanya sempat merasa 'habuan' untuk tiga bulan pertama sahaja dan langsung tidak terima duit sehingga sekarang," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim bersama Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia Tan Sri Musa Hassan bercakap pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.
Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.
PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan
Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat too good to be true.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.
Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto
Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
Akauntan rugi RM776,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang akauntan kerugian RM776,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud, bermula Oktober tahun lepas.