KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat dan pengarahnya seorang warganegara Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan penawaran syer 'Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)' kepada orang awam bernilai RM15 juta antara Ogos 2020 hingga Ogos 2021.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan memaklumkan syarikat FGP Ventures Sdn Bhd dan Khemlani Satesh, 62, dihadapkan di mahkamah pada 28 Nov lepas.
Menurut SSM, syarikat itu dan Khemlani mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Aminah Ghazali bagi setiap dua pertuduhan yang dihadapi.
Mahkamah menetapkan 10 Jan 2024 bagi sebutan semula kes.
"Tertuduh antara 30 Ogos 2020 dan 29 Ogos 2021 di syarikat FGP Ventures Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat berhad persendirian menurut syer yang mempunyai alamat perniagaan di Wisma UOA Damansara II, Changkat Semantan, Damansara Heights, di sini, telah mengumpulkan syer keutamaan dan menawarkan kepada orang awam syer syarikat itu dikenali iRPS, iaitu sebuah syarikat persendirian adalah dilarang berbuat demikian.
"Oleh itu, FGP Ventures Sdn Bhd dan pengarah, masing-masing dipertuduhkan dengan dua pertuduhan bagi setiap Seksyen 43(1) dan Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016," menurut kenyataan itu.
Seksyen 43(1) Akta Syarikat 2016 menyatakan sebuah syarikat persendirian adalah dilarang menawarkan syer syarikat kepada orang awam dan boleh dihukum di bawah Seksyen 43(5) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 pula adalah kesalahan mengumpukkan syer keutamaan syarikat tanpa mempunyai perlembagaan syarikat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 90(5) akta sama memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan Mohd Fairuz Othman dan Mohd Iqbal Mohd Yusof manakala syarikat itu dan pengarahnya diwakili peguam Muhammad Hasif Ghazali dan Fithril Hakim Ab Jalil.
"Pihak pendakwaan telah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan. Setelah mempertimbangkan rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin," menurut kenyataan itu.
FGP Ventures dan Khemlani telah mendepositkan wang jaminan berkenaan pada hari sama.
SSM memaklumkan kegiatan penawaran saham keutamaan kepada orang awam oleh syarikat persendirian (Sdn Bhd) adalah satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016.
"SSM mengambil tindakan pendakwaan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawal selia oleh SSM.
"Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia," menurut SSM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Syarikat itu dan Khemlani mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Aminah Ghazali bagi setiap dua pertuduhan yang dihadapi. - Gambar hiasan
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
Trump minta penangguhan pengharaman TikTok
Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menggesa Mahkamah Agung Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok atau memaksa penjualannya.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Andalan 2025: Detik penting buat malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Sedekad selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, 1 Januari ini negara sekali lagi diberi tanggungjawab mempengerusikan kumpulan serantau itu.
Syarikat, pengarah didakwa tawar syer keutamaan kepada orang awam bernilai RM15 juta
Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa datas empat pertuduhan penawaran syer 'Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)' kepada orang awam.