SHAH ALAM: Isu rumah kediaman yang didakwa berada dalam Hutan Simpan Bukit Tarek, Hulu Yam, Hulu Selangor masih dalam penelitian lanjut Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian memaklumkan dewan hari ini bahawa isu tersebut memerlukan semakan bersama pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat.
Hee berkata maklumat awal yang diperoleh daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, kawasan yang terlibat iaitu Kampung Muhibbah atau dikenali Kampung Melayu Bukit Tarek, mukim Hulu Yam, Hulu Selangor itu telah diluluskan pemberimilikan bagi tujuan pertanian melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 9/2004.
Jelasnya lagi, kawasan tersebut dikenali sebagai Kawasan Pertanian Kampung Muhibbah Mukim Hulu Yam yang turut tersenarai dalam Projek Dusun Nukleus Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor.
"Hasil semakan kini, 227 plot telah didaftarkan hak milik dan hanya sebanyak lebih kurang 33 plot sahaja yang terdapat bangunan separa kekal/kekal di mana keseluruhan keluasan kawasan ini adalah seluas 259.434 hektar yang meliputi 228 plot pertanian.
"Merujuk kepada Kertas Ringkasan MMKN ke 9/2004 tersebut, kawasan Kampung Muhibbah ini adalah Tanah Simpanan Hutan yang telah dibatalkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor (WKNS) 535-4," katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.
Hee menjawab soalan Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Baharu) yang ingin tahu jumlah rumah kediaman berada di dalam Hutan Simpan Bukit Tarek dan cara penyelesaian setelah laporan media dan dua menteri membuat kenyataan terhadap perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Isu tersebut memerlukan semakan bersama pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat. - Gambar hiasan

3 maut, 14 cedera insiden tembakan di taman awam AS
Mangsa yang terkorban termasuk dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Google terpadam data Google Maps Timeline untuk sejumlah pengguna
Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang jika mereka pernah aktifkan sokongan salinan pendua.

Lubnan hubungi negara Arab dan lain-lain, desak tekanan terhadap Israel
Tindakan itu "merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik untuk membendung peningkatan ketegangan di selatan Lubnan.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 8,274 orang pagi ini
Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga negeri mencatatkan penurunan kepada 8,274 orang pagi ini, berbanding 9,218 petang semalam.

Ismail Sabri nafi tarik sokongan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri nafi tarik sokongan, tegaskan kekal bersama Barisan Nasional dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia-India perkukuh hubungan dagang strategik
Malaysia dan India perkuat kerjasama dalam semikonduktor, tenaga dan pelaburan menerusi misi perdagangan strategik ke New Delhi dan Mumbai.

Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sahkan bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru, Johor, usaha tanpa henti pasukan teknikal bantu komuniti terjejas banjir.

Era baharu Cklamovski, sekuat mana Harimau Malaya boleh mengaum?
Peter Cklamovski dijangka menerapkan falsafah bola sepak menyerang berintensiti tinggi, yang menjadi identiti pasukannya.
Pelajar buat aksi tak senonoh di perpustakaan universiti
Kes seorang pelajar universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan, yang tular di media sosial sedang dalam siasatan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
AWANI Ringkas: Perompak kedai emas ditahan dalam tempoh 12 jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Proses lombong REE di Kelantan lewat kerana berada dalam hutan simpan
Taburan mineral unsur nadir bumi (REE) dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) antara yang menyebabkan berlaku kelewatan proses perlombongan hasil bumi itu di Kelantan.

Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.

Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.

Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan
Polis menyerahkan siasatan seterusnya kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan negeri berhubung aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak.

Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.

Siasatan segera dilakukan, kenal pasti punca banjir puing di Bukit Tinggi - Nik Nazmi
Tindakan segera membaik pulih infrastruktur juga sedang dijalankan selain kerja-kerja pembersihan sisa batuan dan enapan di kawasan banjir.

Guru lelaki dikhuatiri hilang dalam hutan pusat rekreasi Sedim
Seorang lelaki dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, Kulim, dekat sini pada Jumaat.

Tambah kawasan Hutan Simpanan Kekal di Port Dickson
Kerajaan Negeri Sembilan kini dalam proses menambah lagi kawasan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini seluas 330 hektar melibatkan tanah kerajaan di daerah ini.

Hari Bumi Antarabangsa 2023: Kerajaan perlu tunai janji kekal 50 peratus tanah sebagai hutan simpan
Kemerosotan kesihatan bumi bukan sahaja memberi kesan negatif kepada flora dan fauna malahan kepada manusia sejagat.

SPRM panggil 6 pihak berhubung siasatan kecurian REE di Kedah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil enam pihak bagi membantu siasatan berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.