KAMPAR: Sahom Valley Resort hari ini tampil memohon maaf di atas kekhilafan pihaknya menggunakan istilah 'Pesta Songkran' bagi acara yang akan dianjurkan di sini, seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
Pengarah Urusannya, Shariff Ali Jabad Ali, menjelaskan pihaknya tiada niat untuk menggores hati mana-mana pihak khususnya masyarakat Siam, apatah lagi menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.
Beliau turut mengakui menerima banyak kecaman dan ketidakpuashatian daripada orang ramai berhubung isu tersebut, sekali gus memberi impak negatif terhadap tanggapan pesta air itu.
"Sejak kita uar-uarkan program Pesta Songkran itu di laman Facebook, kita menerima banyak teguran serta kecaman daripada masyarakat termasuk penduduk kampung di sini.
"Ramai yang mempersoalkan kenapa kami gunakan istilah Pesta Songkran sedangkan ia berasal dari negara jiran. Kita ambil maklum dengan pandangan tersebut.
"Jadi kami telah tukar nama program itu kepada Pesta Air sahaja, acara dan pengisian itu masih akan berjalan dan sama seperti yang dirancang.
"Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa cadangan kami bukan hendak ikut sama seperti Pesta Songkran, itu merupakan kesilapan kami sendiri, tiada niat tiru seperti acara keagamaan atau adat resam mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas bagi menjernihkan isu tersebut di Sahom Valley Resort, Kampung Sahom di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Shariff menambah program pesta air itu merupakan kali kedua dianjurkan, setelah berjaya menarik pengunjung pada Mei lalu.
Selain itu, beliau memberitahu tujuan program itu dianjurkan adalah bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan menarik lebih ramai pelancong ke daerah itu.
Sebelum ini media melaporkan, Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar, Mohd Sofian Rejab berkata penganjur acara itu mengakui kekhilafan dalam menggunakan istilah perayaan tersebut.
Beliau berkata, penganjur juga menjelaskan bahawa pesta air tersebut bukanlah seperti yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.
Aida Aziz
Wed Aug 16 2023

Penganjuran'Pesta Songkran' di Sahom, Kampar menerima bantahan banyak pihak dan menjadi tular di media sosial sebelum ini. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan
Pesta air tersebut bukanlah sebagaimana yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

COVID-19: Institusi pendidikan, venue sukan, pusat hiburan ditutup sementara dua minggu
Prayuth berkata venue sukan termasuk stadium, stadium tinju dan venue lumba kuda di negara itu akan ditutup dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah
Arahan itu turut disambut baik masyarakat Siam lain kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam lain.

Kerajaan Kedah longgar syarat beli rumah untuk masyarakat Siam
Walaupun taman perumahan tersebut berstatus Tanah Rizab Melayu tetapi dengan kuasa yang ada kerajaan memberi kelonggaran syarat bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Siam memiliki rumah.