KAMPAR: Pihak penganjur yang dikatakan akan menganjurkan Pesta Songkran di Sahom di sini mengakui kekhilafan dalam menggunakan istilah perayaan tersebut, ujar Yang Dipertua Pas Kawasan Kampar, Mohd Sofian Rejab.
Menurutnya, isu yang tular sejak Isnin di platform media sosial itu mendapat perhatian daripada pihak penganjur iaitu Sahom Valley Resort.
Beliau berkata, penganjur juga menjelaskan bahawa pesta air tersebut bukanlah sebagaimana yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.
"Susulan isu penganjuran Pesta Songkran di Sahom Valley Resort yang tular pada Isnin, Pas Kawasan Kampar telah melakukan kunjung hormat ke Sahom Valley Resort untuk mendengar penjelasan dan mendapatkan respon daripada pihak penganjur.
"Kehadiran disambut baik oleh pihak pengurusan Sahom Valley Resort. Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam, Pas Kawasan Kampar menerangkan mengenai fatwa dan hukum Pesta Songkran kepada pihak pengurusan.
"Di samping melontarkan keluhan dan bantahan masyarakat setempat terhadap penganjuran program tersebut.
"Pihak penganjur mengakui kesilapan kerana menggunakan istilah 'Pesta Songkran' dalam hebahan dan promosi pesta air yang sensitif dan mengelirukan masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau menambah pihak Sahom Valley Resort akan menarik balik hebahan tersebut dan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak dalam masa terdekat.
"Pas Kawasan Kampar juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyuarakan bantahan terhadap isu ini.
"Marilah sama-sama kita membina generasi yang berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam serta prihatin menunaikan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar," katanya lagi.
Pada Isnin media melaporkan, Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini.
Ketua Pemudanya, Saiful Islam Abdul Rahman menegaskan, pihaknya kesal dengan hebahan secara terbuka kepada masyarakat bagi menghadiri pesta tersebut yang secara jelas bercanggah dengan Islam.
Aida Aziz
Tue Aug 15 2023
![Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692134912_PemudaPASKampar.jpg)
Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran yang dikatakan bakal berlangsung di Sahom, di sini pada 26 dan 27 Ogos ini. - Foto Facebook/Pemuda PAS Kampar
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692134912_PemudaPASKampar.jpg)
Tular isu Pesta Songkran di Kampar: Penganjur akui khilaf guna istilah perayaan
Pesta air tersebut bukanlah sebagaimana yang dilihat dalam perayaan Songkran masyarakat Siam tetapi hanya aktiviti air bagi para pengunjung.
![Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649816277_IstanaNegara.jpg)
Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.
![COVID-19: Institusi pendidikan, venue sukan, pusat hiburan ditutup sementara dua minggu COVID-19: Institusi pendidikan, venue sukan, pusat hiburan ditutup sementara dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584481354_PrayuthChanocha.jpg)
COVID-19: Institusi pendidikan, venue sukan, pusat hiburan ditutup sementara dua minggu
Prayuth berkata venue sukan termasuk stadium, stadium tinju dan venue lumba kuda di negara itu akan ditutup dalam tempoh yang sama.
![COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523879863_songkran.jpg)
COVID-19: Tiada sambutan pesta Songkran di Kedah
Arahan itu turut disambut baik masyarakat Siam lain kerana ianya melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam lain.
![Kerajaan Kedah longgar syarat beli rumah untuk masyarakat Siam Kerajaan Kedah longgar syarat beli rumah untuk masyarakat Siam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61522077977_PerdanaMenteri.jpg)
Kerajaan Kedah longgar syarat beli rumah untuk masyarakat Siam
Walaupun taman perumahan tersebut berstatus Tanah Rizab Melayu tetapi dengan kuasa yang ada kerajaan memberi kelonggaran syarat bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Siam memiliki rumah.