Pas menyarankan supaya kerajaan menggubal undang-undang dan hukuman yang lebih keras ke atas mereka yang menghina Nabi Muhammad dan menyentuh sensitiviti agama.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada masa yang sama, kerajaan juga perlu bertindak cepat ke atas sesiapa yang menghina agama.
Dalam usaha membentuk sikap hormat-menghormati berteraskan nilai kesopanan dan kesusilaan, Kementerian Pendidikan juga disaran menilai dan menerapkan pendidikan berteraskan prinsip hormat menghormati dalam silibus pendidikan.
Langkah ini, kata beliau, dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan sewajarnya kepada pelajar.
“Pertamanya, tingkatkan hukuman. Dalam Islam, (kesalahan) menghina Nabi (dikenakan) hukuman mati. Tetapi di Malaysia, kita minta kerajaan letak hukuman lebih tegas.
"Yang kedua, pendidikan. Ia perlu dimasukkan ke dalam silibus supaya tiada penghinaan kepada agama lain dan menghormati agama lain,” katanya di sini malam tadi.
Pada 5 Mac lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis sudah menerima 929 laporan berhubung kes penghinaan terhadap Islam, Nabi Muhammad serta isteri baginda, Saidatina Aisyah, di seluruh negara
BACA: Hina Nabi: 3 pengguna media sosial ditahan, seorang masih diburu
Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga pemilik akaun Twitter ‘Alvin Chow’ dua hari lalu, selepas memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Pas turut mengalu-alukan siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas pimpinan dan ahli Pas.
Tuan Ibrahim menjelaskan, Pas mengambil sikap terbuka dan tidak menyembunyikan kebenaran dalam usaha pihak SPRM menjalankan siasatan mereka.
“Kita mengalu-alukan, dan kita tahu bahawa apa yang dipanggil berhubung dengan isu sama sahaja, beli kereta, beli rumah, takkan orang Pas tak boleh beli kereta, beli rumah.
"Kita mengalu-alukan untuk panggil sesiapa sahaja. Kita buka pintu. Kita tiada masalah,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua pemimpin Pas dari Pahang yang tampil memberi keterangan di Kompleks SPRM Pahang, pada Jumaat.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik,dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi semalam dipanggil untuk diambil keterangan.
BACA: Dana RM90j: Nashrudin, Mokhtar ke SPRM hari ini
Kedua-dua mereka dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung dana RM90 juta yang didakwa diberikan UMNO kepada parti berkenaan.
Setakat ini, SPRM sudah merekodkan keterangan 13 orang individu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
BACA: Pengerusi KTMB sahkan serah dokumen bantu siasatan bayaran RM1.4 juta kepada Claire
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu sudah memberikan keterangan kepada SPRM, selain Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr Rameli Musa.
Vivi Sumanti
Sat Mar 09 2019

TUAN IBRAHIM: Ia perlu dimasukkan ke dalam silibus supaya tiada penghinaan kepada agama lain dan menghormati agama lain. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Isu hina Nabi Muhammad: Perlu bertindak ikut kerangka Islam - Ismail Sabri
Umat Islam perlu bertindak balas mengikut kerangka tuntutan agama terhadap isu penghinaan Nabi Muhammad yang berlaku di India baru baru ini.

Kecoh selepas polis India tahan pengasas bersama Alt News
Wartawan dan organisasi media membidas tindakan anggota polis Delhi yang menahan wartawan Mohammed Zubair, selaku pengasas bersama laman sesawang semak fakta Alt News, pada Isnin susulan hantaran lama

Polis tahan empat lelaki asing kes video tular sokong hina Nabi Muhammad
PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.

Isu hina Nabi: Pas cadang hukuman lebih keras
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada masa yang sama, kerajaan juga perlu bertindak cepat ke atas sesiapa yang menghina sensitiviti agama.