SUBANG JAYA: Umat Islam perlu bertindak balas mengikut kerangka tuntutan agama terhadap isu penghinaan Nabi Muhammad SAW yang berlaku di India baru baru ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindak balas itu juga perlu dilakukan tanpa terjerumus dalam provokasi yang cuba ditimbulkan oleh pihak tertentu.
"Baru-baru ini, dunia Islam digemparkan dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di India melalui tindakan yang bersifat provokasi sehingga menggugat keharmonian masyarakat berlainan agama di negara berkenaan.
"Insiden berkenaan mendapat bantahan bukan sahaja daripada umat Islam di India, tetapi juga masyarakat antarabangsa termasuklah Malaysia," katanya.
Penghinaan terhadap Rasulullah SAW jelas Ismail Sabri lagi, adalah satu tindakan yang amat sensitif dan boleh mencetuskan permusuhan antara umat Islam dan penganut agama lain.
"Tindakan menghina Rasulullah SAW merupakan perkara yang amat sensitif dan menjadi kewajipan seluruh masyarakat Islam untuk bertindak balas tetapi ia perlu dilakukan mengikut kerangka tuntutan agama.
"Ini adalah untuk mengelakkan kita terperangkap dengan mainan pihak tertentu yang ingin mencetuskan permusuhan antara penganut pelbagai agama," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di Subang Jaya pada Khamis.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Persidangan sehari itu menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia dalam berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.
Fareez Azman
Thu Jun 30 2022

Perdana Menteri merasmikan Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 di Subang Jaya pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Hutang lapuk pinjaman Tekun Nasional turun kepada RM120 juta
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjaya mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) atau hutang lapuk kepada RM120 juta tahun lepas berbanding RM380 juta sebelumnya.
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Tahap kebahagiaan Malaysia lebih tinggi berbanding tahap purata global - Ipsos
Malaysia mencatatkan tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global malah mengatasi beberapa negara maju di Asia, demikian menurut Indeks Kebahagiaan Ipsos 2025.

Henti mendadak import sisa plastik boleh jejas industri, perlu peralihan berperingkat - MITI
MITI berkata pemberhentian mendadak pengimportan sisa plastik boleh menjejaskan pengeluaran produk plastik dalam negara serta rantaian bekalan sektor berkaitan.

Langkah bersasar dalam menangani impak jangka panjang banjir
Impak banjir yang semakin memburuk memerlukan tindakan yang lebih spesifik dan terarah bagi mengurangkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat dan ekonomi.

Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik

Kos sebenar teknologi baharu kesihatan perlu dinilai dengan teliti
Tidak semua inovasi baharu yang diperkenalkan perlu diterapkan dalam sistem kesihatan negara, kata Prof Dr Syed Mohamed Aljunid.

Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada 'kisah semikonduktor' India - Liew
Liew berkata Malaysia berminat untuk menjadi sebahagian daripada "kisah semikonduktor" India dengan menawarkan kepakaran dalam bidang utama.

Malaysia sedia terima 15 tahanan Palestin - Mohamad Hasan
Malaysia bersedia menerima 15 tahanan atau pejuang Palestin yang dibebaskan Israel sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.