KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki warga Nepal selepas disyaki terbabit dalam kes sebuah video tular di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua individu berusia 26 hingga 27 tahun ditahan di Meru, Klang hari ini oleh anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Beliau berkata PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.
"Usaha untuk mengesan suspek yang bebas masih diteruskan dan individu yang terlibat dalam rakaman video itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abd Jalil berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 JSJ Bukit Aman di talian 03-22666071.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Terdahulu, tular sebuah rakaman video berdurasi 18 saat memaparkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong perjuangan Hindu Samachar serta tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua individu berusia 26 hingga 27 tahun ditahan di Meru, Klang. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Harga Barang | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Taklimat Harian | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.