PUTRAJAYA: Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.
Nai'mah, Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin tiba di ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira pukul 10.05 pagi bersama dua peguam.
Nai'mah dalam kenyataan yang diedarkan kepada media sebelum memasuki premis SPRM berkenaan berkata beliau dan anaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti dikehendaki undang-undang.
Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Bernama mengesahkan SPRM perlu mengambil keterangan isteri Tun Daim dan siasatan dibuat mengikut undang-undang berkaitan pencegahan pengubahan wang haram.
SPRM sebelum ini menjelaskan bahawa siasatan terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora, dan menurut SPRM kertas siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu telah dibuka pada Februari tahun lepas.
Kertas Pandora adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.
Menurut SPRM, siasatan ke atas Daim dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Pada Dis tahun lepas, Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan Daim dilaporkan disita SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Nai'mah berkata beliau dan anaknya akan memberikan kerjasama kepada SPRM seperti dikehendaki undang-undang. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Isteri Tun Daim, dua anak beri keterangan di SPRM
Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM nafi keluar kenyataan tuduh Tun Daim lakukan kesalahan
SPRM berkata, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap Daim pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Menara Ilham disita: Nafi terlibat dalam rasuah, Daim akan ambil tindakan undang-undang
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa.

Daim disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram - SPRM
SPRM mengesahkan sedang menyiasat Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Keengganan Tun Daim isytihar aset dikata punca SPRM sita Menara Ilham
Menara itu adalah tempat pertemuan Majlis Penasihat Kerajaan, yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Tiada kelibat pihak berkuasa, suasana di Menara Ilham seperti biasa
Malah, berdasarkan pemerhatian, tiada sebarang notis penyitaan bangunan ditampal di premis tersebut.

Nasihat saya tidak semestinya PM terima - Tun Daim
Penjelasan beliau itu sekaligus menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa banyak keputusan dibuat di Menara Ilham.

'Majlis Penasihat ingin dengar lebih mengenai cadangan saya' - Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin gembira dengan respon yang positif dari Majlis Penasihat Kerajaan selepas pertemuan dengan mereka di Menara Ilham hari ini.

Bekas ahli MPN minta kebenaran teruskan program
Bekas ahli-ahli Majlis Profesor Negara mengusulkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan supaya badan tersebut dapat meneruskan program tetapi dengan pendekatan baharu.