Istana negeri hari ini mengesahkan tidak pernah menerima permintaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Setiausaha Sulit Kepada Yang DiPertua Negeri, Abinan Asli berkata, Istana Negeri turut menyangkal sekeras-keras dakwaan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Zulkarnain Mahdar selain menyifatkan ia tidak berasas dan berniat jahat.
Tegas beliau, rombongan Musa beserta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memihak kepadanya telah cuba memasuki Istana Negeri secara paksa pada 30 Julai lalu kira-kira pukul 3.50 petang tanpa permohonan rasmi sebelum disekat polis.
"Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan polis menahan Musa memasuki kawasan istana sebaliknya sekatan itu dibuat oleh polis bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
BACA: LAPOR LANGSUNG Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
"Setelah mengambil kira suasana tegang yang berlaku pada masa itu selain tiada keperluan untuk Musa bertemu dengan Tun Juhar kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan pada pagi itu," kata beliau dalam kenyataan media pada Khamis.
BACA: DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal
Sehubungan itu, pihak Istana Negeri kesal dengan laporan tidak benar yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mengaitkan Juhar.
Yang Dipertua Negeri dalam masa sama menasihatkan rakyat Sabah supaya bertenang dan tidak mudah mempercayai berita-berita palsu yang boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat keharmonian rakyat.
Beliau turut menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu hati dan hidup dalam aman damai.
Baru-baru ini, politik Sabah bergolak selepas Musa mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.
Sehari selepas membuat dakwaan berkenaan, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
BACA: Kronologi politik Sabah selepas PRU-14 sehingga pembubaran DUN
Astro Awani
Thu Aug 06 2020

Menurut Abinan, Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan polis menahan Musa memasuki kawasan istana. - Gambar JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu
Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos.

LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri.

Istana Sabah tidak pernah terima permohonan Musa Aman untuk bertemu Yang Dipertua Negeri
Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan polis menahan Musa memasuki kawasan istana.

TERKINI! Musa Aman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dijangka mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Ketua Menteri Sabah selepas gabungan BN mencapai majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.