Kenderaan yang dinaiki beliau keluar dari bangunan SPRM, di sini, pada jam 3.15 petang.
Sebaik keluar, Ahli Parlimen Bera itu membuka separuh tingkap kenderaannya dan sekali lagi melambai tangan kepada petugas media.
Terdahulu, Ismail Sabri hadir jam 9.48 pagi Khamis bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
Rakaman percakapan itu diteruskan oleh SPRM selepas tempoh cuti sakit Ismail Sabri tamat pada Rabu.
Ismail Sabri sepatutnya dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac untuk memberi keterangan.
Namun, beliau tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan telah diberi sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga semalam.
Sebelum ini, SPRM mendedahkan, wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dipercayai dijadikan safehouse oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, barang rampasan itu ditemui di tiga peti besi kediaman terbabit.
