PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad hingga 31 Mac.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), sempena lawatan itu Perdana Menteri turut akan mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
"Agenda utama yang akan dibincangkan termasuk pengukuhan hubungan dua hala Malaysia-Qatar yang sedia terjalin dalam pelbagai bidang kerjasama," menurut kenyataan kementerian pada Sabtu.
Kedua-dua pemimpin dijangka menetapkan hala tuju kerjasama ekonomi dan usaha pemulihan pasca-pandemik serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang penting.
Perdana Menteri juga akan membuat sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Doha.
Sementara itu, dalam kunjungannya ke UAE, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
"Kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama dalam pelbagai aspek antara kedua-dua negara, termasuk menangani pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan pasca-pandemik," menurut Wisma Putra.
Di samping itu kedua-dua pemimpin turut akan bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa.
Perdana Menteri juga dijadual melawat Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai serta bertemu komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Dubai.
Beliau akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh.
Kedua-dua lawatan itu tertakluk kepada prosedur operasi standard bagi pencegahan COVID-19 yang ketat, ditetapkan Malaysia, Qatar dan UAE. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Ahad hingga 31 Mac. - Gambar BERNAMA
'Saya tak akan sia-siakan peluang ini!' - Trisha Ooi teruja dapat tawaran One Cent Thief 2
Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO, serta di Astro Citra dan Astro Ria.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Dua kawasan di Jagoi Babang di Kalimantan Barat terjejas
Banjir yang melanda Kalimantan Barat kini dilaporkan turut melanda kawasan sempadan Indonesia-Malaysia di Kota Jagoi Babang, daerah Bengkayang menurut ketua polis jagoi babang, asep maulana, ketinggian air di dua kawasan mencapai ketinggian tiga meter.
Pembebasan tebusan warga Thailand sentiasa dinantikan
Duta besar Thailand ke Israel, Pannabha Chandraramya berkata, pembebasan kelima-lima tebusan itu merupakan berita yang sentiasa dinanti-nantikan rakyat Thailand.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis tidak dirasai orang awam - Penganalisis
Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Prof. Farish Noor berkata ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara. Jelasnya, kegagalan ini terserlah melalui ketidakupayaan ASEAN untuk menerbitkan sebuah buku teks sejarah bersama yang standard.
Tebusan warga Thailand tiba di fasiliti kesihatan di Israel
: Lima tebusan warga Thailand yang dibebaskan hamas dilaporkan tiba Pusat Perubatan Shamir di Israel. Memetik Reuters, ini bagi membolehkan kelima-lima mereka menerima rawatan yang diperlukan.
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.
Petani Thailand langgar larangan bakar sisa tanaman dikenakan tindakan tegas
Kerajaan Thailand akan mengambil tindakan tegas kepada petani yang melanggar larangan membakar sisa tanaman yang menyumbang kepada pencemaran udara di negara itu.
Indonesia pertingkat fokus isu keselamatan makanan, ekonomi
Kabinet Merah Putih Indoensia yang diterajui Presiden Prabowo Subianto akan terus mempertingkatkan fokus kepada isu keselamatan makanan dan pertumbuhan ekonomi.
PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.