Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hadir di Bukit Aman hari ini bagi memberi keterangan berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Kenyataan (Mohd Isa) telah selesai diambil pagi tadi pukul 10 pagi di Bukit Aman," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Buku Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2018 di sini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Mohamad Fuzi berkata beberapa individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.
"Saya tak perlu dedah (nama mereka) tapi kita akan susun siapa yang akan dipanggil berikutnya dalam masa terdekat. Kita akan cuba selesaikan pengambilan kenyataan yang melibatkan individu berkaitan. Ada beberapa orang lagi," katanya.
Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018
Selain Isa Samad, beberapa individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat. - Gambar fail
Pembangkang pertikai paparan MP Bukit Gantang masih PN
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussi, kecuali mengenai keanggotaannya sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman
Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menderma terutama jika melibatkan individu dan pertubuhan tidak berdaftar.
Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan semalam.
Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta
Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat aktiviti mengedar dadah, dan merampas syabu bernilai RM4 juta dalam serbuan di Desa Petaling.
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.