Bagi memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat pembangunan secukupnya Wilayah Iskandar Malaysia (Irda) merintis pelan jangka panjang.
Antaranya, mewujudkan program yang mampu menjadikan mereka lebih bersedia untuk bersaing dan meningkatkan kemahiran diri.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim banyak peluang perniagaan terhasil melalui pelaburan yang dibawa masuk.
Bagaimanapun tegasnya, potensi masyarakat setempat perlu digilap terutama golongan muda.
Bagi mengikis jurang komunikasi Irda menyediakan kelas Bahasa Inggeris di Kampung Sungai Melayu Gelang Patah.
Pada masa sama, Irda melancarkan program kesedaran belia bagi melahirkan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan kerjasama universiti dan kolej teknikal.
Dengan kemahiran yang ada lebih banyak peluang wujud untuk masyarakat setempat termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sehingga kini Irda mewujudkan 554,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Astro Awani
Sun Feb 10 2013

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumi
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahatul Sakinah, Kampung Tengah Kluang petang tadi.

Golongan belia berupaya jadi adiwira perpaduan negara
Golongan muda di negara ini diseru menjadi ejen perpaduan negara dengan melibatkan diri sebagai Jiran Muda KRT atau melalui platform SRN.

Ayu Ting Ting ikut penduduk kejut orang kampung bangun sahur
Ayu Ting Ting memang sangat terkenal sebagai seorang penyanyi dangdut. Namanya cukup besar dalam dunia hiburan dan dipuja banyak peminat.

MPFN tidak beri kelulusan projek tebus guna tanah P. Pinang
Khalid berkata, MPFN telah menasihati kerajaan Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang digariskan, berserta dengan ulasan dan nasihat-nasihat tambahan daripada beberapa kementerian.
Irda rintis program pembangunan masyarakat setempat
Bagi memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat pembangunan secukupnya Wilayah Iskandar Malaysia (Irda) merintis pelan jangka panjang.