Namun ternyata dia masih menjalani kehidupan harian dengan serba sederhana.
Salah satu contoh apabila aksi Ayu Ting Ting sedang mengikut penduduk membangunkan orang kampung untuk bersahur tersebar di sebuah akaun gosip terkenal di Indonesia.
Lebih menarik, penyanyi lagu Alamat Palsu tersebut dilihat asyik mengetuk beduk sambil diiringi pemuda di tempat tinggalnya untuk membangunkan sahur.
Sikapnya itu mendapat banyak pujian yang ditinggalkan oleh para netizen. Kebanyakannya memuji sikap Ayu Ting Ting yang masih baik dan tidak sombong untuk bergaul dengan masyarakat setempat.
Dalam kalangan penduduk kampung, ramai yang mendakwa keluarga penyanyi tersebut sangat rendah hati.
Ayu Ting Ting juga memang dikenal ramah dengan tetangga di sekitar tempat tinggalnya di daerah Depok, Jawa Barat.
Kejut sahur memang menjadi salah satu budaya yang diamal setiap kali Ramadan di Indonesia. Kebanyakan kawasan masih melakukan rutin yang sama untuk membangunkan masyarakat sekeliling bangun sahur. - Gempak