SIBU: Golongan muda di negara ini diseru untuk menjadi ejen perpaduan negara dengan melibatkan diri sebagai Jiran Muda KRT atau melalui platform Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, berbekalkan semangat, kudrat dan kreativiti mereka, golongan muda berupaya menjadi adiwira dalam mengukuhkan dan menyuburkan semangat perpaduan di negara ini.
"Saya optimis pendekatan melalui program seperti ini mampu menarik lebih ramai golongan muda kembali aktif bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT)," katanya semasa menutup Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 di Skim Penempatan Semula Rascom Nanga Tada, di Kanowit, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, peranan golongan muda atau belia yang merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat Malaysia, adalah amat penting kerana mereka adalah satu daripada ejen perubahan dalam misi membentuk sebuah negara yang berupaya dan berintegrasi.
Sehingga kini terdapat 5,892 ahli Kelompok Jiran Muda KRT dan 188 SRN di bawah naungan kementerian itu di seluruh negara.
Menyentuh mengenai Program Jalinan Integrasi Nasional, Aaron berkata, ia mampu menjadi wadah terbaik untuk memupuk dan menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dengan penglibatan golongan belia.
Menyedari hakikat itu kementerian tersebut akan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Explorasi Rukun Negara, Debat Perpaduan, Pantun Perpaduan dan Simposium Pendidikan Rukun Negara bagi meningkatkan kesedaran generasi muda untuk menghayati kepentingan perpaduan antara kaum.
Seramai 60 mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan lima mahasiswa dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang menyertai Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa 2023 di Rumah Ugap Seribu yang bermula Khamis lepas.
Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kementerian Perpaduan Negara, program tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pelbagai pengalaman baharu di samping mengukuhkan hubungan dan interaksi sosial antara generasi muda dan komuniti setempat dengan memahami bahasa ibunda, adat resam dan budaya kaum lain.
Di sepanjang program tersebut para peserta tinggal bersama keluarga angkat mereka untuk merasai pengalaman sebenar budaya, makanan dan amalan seharian masyarakat setempat.
- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Aaron berkata, golongan muda berupaya menjadi adiwira dalam mengukuhkan dan menyuburkan semangat perpaduan di negara ini. - Foto BERNAMA

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

TVET: Jangan tersekat dengan kelayakan akademik, majikan mahu pekerja mahir – Belia
Masyarakat tidak wajar menyempitkan ruang pendidikan dan perancangan masa depan berasaskan kepada kelayakan akademik semata-mata, sebaliknya meneroka bidang TVET.

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Draf Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 diserah kepada Zambry
Pelan ini disiapkan dalam tempoh sembilan bulan melalui penyelidikan dan sesi libat urus bersama lebih 8,226 pihak berkepentingan.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.