Institusi pondok perlu bertindak aktif sebagai suara nasihat beraspirasikan ajaran agama yang murni tanpa terikat kepada sentimen politik kepartian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata pemimpin yang diamanahkan mentadbir negara sentiasa mengharapkan pandangan, nasihat dan doa restu para ulamak dalam menjalankan tugas mereka.
Katanya, jika nasihat atau teguran yang diberikan bernada politik kepartian, situasi peranan pondok sebagai penasihat sukar dibentuk.
"Kita menolak sebarang ancaman terhadap akidah umat Islam dan sebarang usaha memecah belahkan perpaduan antara rakyat.
"Kita juga tegas menolak sebarang gerakkan atau fahaman yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan persekutuan dan dalam konteks ini saya amat menghargai pandangan pendirian para ulamak dan warga pondok berserta NGO dalam mempertahan kan kesucian Islam," katanya ketika merasmikan majlis penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di kediaman Menteri Besar, di Sri Mentalon, di sini, hari ini.
Katanya, ulama harus menasihati dan menegur sesiapa sahaja melalui kaedah dan budaya yang bersesuaian dengan kewibawaan dan kedudukan mereka yang tinggi dalam neraca Islam.
Najib berkata, adalah menjadi harapan beliau agar warga pondok akan terus memainkan peranan sebagai benteng mempertahan kedaulatan dan kesucian Islam sebagai addin, berteraskan perlembagaan negara.
Perdana Menteri berkata realitinya hari ini wujud sesetengah kelompok yang bersikap liberal, secara terbuka dan bebas bersuara tanpa mengambil kira perasaan atau sensitiviti pihak lain.
Walaupun mengetahui bahawa Islam adalah agama persekutuan yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia namun sesetengah pihak masih terus mencabar dan mahu mengubah apa yang sudah termaktub selama ini.
Jelas Najib, kerajaan mahu melihat sistem pengajian pondok terus kekal dan relevan, serta pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada para ulama dan guru pondok.
Untuk itu, kata Perdana Menteri kerajaan akan terus mengarusperdanakan institusi pondok bagi mengangkat agenda pendidikan Islam negara.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan membuka 100 tempat kepada warga pondok untuk melanjutkan pendidikan serta latihan dalam bidang pengajian yang mereka pilih, di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
"Kerajaan akan membuka 100 tempat kepada warga pondokuntuk melanjutkan pendidikan dan latihan dalam bidang pengajian mereka di institusi pendidikan tinggi tempatan yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.
Malah katanya separuh daripada bilangan terbabit iaitu sebanyak 50 tempat akan dikhususkan kepada guru-guru pondok yang layak ke institut pendidikan guru kampus pendidikan Islam di Bangi, Selangor.
Manakala bakinya adalah untuk 50 pelajar pondok yang memenuhi kelayakan minimum untuk ke universiti-universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai.
Katanya permohonan daripada calon yang layak boleh dibuat dan diproses melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), yang akan bekerjasama dengan kementerian dan universiti berkaitan berhubung pengagihan tempat kepada guru dan pelajar pondok yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Najib berkata langkah itu bagi menghargai peranan, jasa serta sumbangan pondok selama ini dan juga setelah mendengar cadangan dan pandangan daripada pihak terbabit.
Beliau turut mengumumkan geran RM500,000 diluluskan kepada YPPM bagi usaha mencari, memperoleh dan memulih semula kitab-kitab lama dan muktabar, yang berada di dalam dan luar negara.
Kitab dan teks lama yang lusuh perlu dipulih semula menggunakan teknologi moden dan ini boleh dilakukan di Malaysia dengan adanya kepakaran dan teknologi untuk tujuan sedemikian katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan pengerusi eksekutif YPPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Ijtimak Pondok Malaysia 2014 selama dua hari bermula semalam disertai 1,300 peserta termasuk wakil institusi pondok dari Selatan Thailand dan Indonesia.
Astro Awani
Thu Apr 24 2014

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Institusi pondok perlu bertindak aktif nasihatkan pemimpin - Najib
Najib berkata pemimpin yang diamanahkan mentadbir negara sentiasa mengharapkan pandangan dan nasihat para ulamak.