KUALA LUMPUR: Dapatan kajian Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya (UM) mendapati ramai meletakkan institusi agama di posisi terkemudian dalam peranannya membanteras amalan rasuah.
Menerusi kajian “Voices from the Ground: The Corruption Complex in Malaysia”, institusi agama diletakkan pada tangga ketiga di belakang institusi sekolah di tempat kedua dan institusi ibu bapa sebagai entiti terpenting dalam membentuk budaya antirasuah.
“Hanya 57 peratus responden percaya rasuah ada kaitan dengan agama. Ini bererti orang awam tidak melihat institusi agama ni sebagai penting, mereka melihat ia gagal dalam membanteras rasuah.
“Ini datang daripada golongan muda berusia dari 18 hingga 30 tahun, 39 peratus daripada mereka percaya sedemikian dan 29 peratus (daripadanya) adalah golongan Melayu.
“Jadi kenapa kepercayaan kepada institusi agama ini sangat rendah, di mana silapnya?” soal pensyarah Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Shakila Yacob.
Di ruang komen, responden menyatakan salah guna kuasa turut berlaku dalam institusi agama menyebabkan mereka hilang kepercayaan, dan ia berlaku dalam setiap institusi agama-agama yang ada di negara ini.
Begitupun, daripada dapatan kajian itu juga katanya, sebahagian besar responden yakin institusi itu boleh lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.
“Tapi yang memeranjatkan, lebih 90 peratus yakin agama dan tokoh agama dapat memainkan peranan penting dlm membanteras rasuah.
“Jadi ini yang harus kita lihat dan perbaiki keadaannya.”
Tonton temu bual penuh bersama Shakila dalam program Agenda AWANI dihoskan Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Thu Jan 13 2022
SHAKILA: Kenapa kepercayaan kepada institusi agama sangat rendah, di mana silapnya? - Astro AWANI
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Kerajaan pantau perkembangan MALBATT setiap hari - Adly
Kerajaan sentiasa memantau perkembangan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di selatan Lubnan setiap hari.
Institusi agama patut main peranan teras dalam membentuk budaya antirasuah - Pakar
Kajian mendapati, rakyat khususnya golongan muda semakin hilang kepercayaan terhadap institusi agama.
Jangan calar imej Islam menerusi tindakan penguatkuasaan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu di negara ini yang membenarkan petugas mereka melakukan pelbagai tindakan atas nama melindungi Islam tetapi cemarkan Islam.