Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu di negara ini yang membenarkan petugas mereka melakukan pelbagai tindakan atas nama melindungi Islam tetapi sebaliknya mencemarkan imej agama suci itu.
Titah baginda, tindakan seperti kaedah soal siasat yang mengandungi elemen seksaan dan deraan bagi tujuan menguatkuasakan peraturan demi melindungi nama Islam telah menyebabkan kesucian serta nama agama suci itu di negara ini semakin tercalar.
"Malaysia adalah sebuah negara yang harum namanya lagi dihormati dalam kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam kerana amalan kesederhanaan beragama.
"Kata-kata penghinaan yang diungkapkan dan tindakan-tindakan berunsur dendam, ugutan, tangkapan, tahanan dengan kaedah soal siasat yang mengandungi elemen-elemen seksaan dan deraan telah memberi imej sangat negatif terhadap cara Islam diamalkan di negara ini," titah baginda ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sehubungan itu, Sultan Nazrin mahu perbuatan mencalar kesucian dan nama baik Islam tersebut mesti dihentikan dan dibanteras secara tegas.
Titah baginda, Allah SWT tidak sama sekali menurunkan sebarang kuasa kepada sesiapa pun untuk menghukum seseorang itu sebagai ahli syurga mahupun ahli neraka.
Baginda bertitah lagi, Islam juga tidak mengizinkan perbuatan memulau mana-mana kumpulan atau memutuskan silaturahim dengan mana-mana individu, hingga ke tahap penghinaan tidak mahu menguruskan jenazah seseorang yang telah meninggal dunia, hanya kerana perselisihan tafsiran dan pandangan.
"Perbuatan-perbuatan sedemikian adalah perbuatan melampau dan keterlaluan yang sangat bercanggah dengan sifat-sifat mulia yang dipamerkan Rasulullah SAW.
"Islam sebaliknya menganjurkan kesederhanaan. Oleh itu majoriti umat yang berpegang kepada amalan kesederhanaan, wajib bangun bersuara, dan suara majoriti ini jangan sama sekali merelakan untuk ditenggelami kumpulan ekstrem yang minoriti.
"Umat hendaklah mengembalikan azam dan tekad untuk mendekatkan ummah dengan Allah SWT, menjadikan Islam pakaian luaran dan pegangan dalaman, melalui pendekatan dakwah secara berhikmah, melalui pengajaran baik secara contoh – secara teladan, serta melalui perdebatan yang tertib, sopan lagi beradab, " titah baginda.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Imam kepada Bahari Ahmad; Anugerah Muazzin (Husain Lebai Ismail); Anugerah Siak (Saad Brahim) dan Anugerah Pendakwah (Muhd Nassir Thanabalan Abdullah) yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta plak, sijil dan hadiah iringan.
Baginda turut menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah, dari Bukit Merah, Bagan Serai, yang menerima wang tunai RM5,000, sijil, plak dan hadiah iringan.
Astro Awani
Fri Dec 01 2017
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Ismail Abdullah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya hari ini. --fotoBERNAMA
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Kerajaan pantau perkembangan MALBATT setiap hari - Adly
Kerajaan sentiasa memantau perkembangan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di selatan Lubnan setiap hari.
Institusi agama patut main peranan teras dalam membentuk budaya antirasuah - Pakar
Kajian mendapati, rakyat khususnya golongan muda semakin hilang kepercayaan terhadap institusi agama.
Jangan calar imej Islam menerusi tindakan penguatkuasaan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin menegur perbuatan individu dan pendirian institusi tertentu di negara ini yang membenarkan petugas mereka melakukan pelbagai tindakan atas nama melindungi Islam tetapi cemarkan Islam.