SEREMBAN: Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di sini pada 10 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada abang mangsa yang berusia 32 tahun, kira-kira 1 pagi pada hari sama dengan menyatakan adiknya yang berumur 27 tahun dikurung oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di daerah ini.
"Mangsa yang merupakan pekerja kontrak pendawaian elektrik dikatakan berhutang dengan seorang daripada lelaki berkenaan dan diarah supaya membayar hutang berjumlah RM25,000 atau akan dipukul.
"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Mambau dan berjaya menyelamatkan mangsa pada 10.30 malam, keesokan harinya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kemudiannya mendedahkan penglibatan seorang inspektor polis dalam kejadian itu.
Arifai berkata pegawai polis berusia 57 tahun itu kemudian ditahan di Perak, kira-kira 11.15 pagi pada 12 Jan.
Kesemua lelaki terbabit, katanya direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di Seremban pada 10 Jan lepas. - Gambar hiasan

Liek Hou terus bersinar, pertahan dua emas di Sepanyol
Jaguh badminton negara Cheah Liek Hou membuktikan usia bukan penghalang untuk mencipta kegemilangan.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.33 mata kepada 1,526.48 daripada 1,512.15 pada Jumaat lepas.

Nurul Izzah Izzati DNF acara keirin, kemalangan sewaktu repechage
Perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF.

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi kekal keputusan inspektor polis bebas tuduhan dadah
Hakim Mahkamah Tinggi berkata tiada alasan untuk mengubah keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.

Peniaga didakwa tawar suapan RM200,000 kepada inspektor polis
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan berjumlah RM200,000 kepada seorang inspektor polis.

Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.

Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000
Seorang anggota polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas.

Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh
Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah pada 10 Jan lepas.

Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.

Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung
Tahanan reman ke atas seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari bermula hari ini.

Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500
Inspektor risikan di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak itu membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan
Suspek didakwa menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat.

Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu
Ibunya, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit.