BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki iaitu pemilik kedai dan pelanggannya yang sebelum ini tular bergaduh di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini, menerusi video yang popular dengan ungkapan 'one by one' dan 'gentleman' akhirnya berbaik atas semangat perpaduan.
Pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng, 49, berkata beliau dan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu mencapai kata sepakat untuk menarik balik kes masing-masing apabila mengadakan pertemuan di hadapan pegawai penyiasat Isnin lepas.
"Kami dah OK, dah OK.. hari Isnin kita pi balai polis dan kami bagi setel, (masing-masing) tarik balik kes lagipun kita semua satu Malaysia jangan gaduh-gaduh la. Kami bermaafan dan capai kata sepakat untuk selesaikannya dengan baik.
"Dia pun minta maaf dan bagi tahu semasa kejadian dalam keadaan mabuk, saya sempat nasihat dia jangan jadikan mabuk sebagai satu alasan dan kalau tak boleh kawal mabuk, tinggalkan minuman keras tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedai runcitnya di sini hari ini.
Bapa kepada dua anak lelaki berusia 13 dan 18 tahun itu mengakui turut menyesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu sehingga tular di media sosial dan memberikan mesej yang tidak baik kepada rakyat majmuk negara ini.
"Saya ditahan pada Khamis (minggu) lepas sebelum direman selama dua hari dan dibebaskan pada Sabtu lalu, saya pun fikir macam mana boleh macam ni (bergaduh)," katanya.
Goh yang mempunyai tali pinggang hitam dan sijil sebagai tenaga pengajar taekwondo berkata kadangkala beliau menggantikan gurunya yang mengajar murid di sekolah berhampiran kawasan itu.
"Saya memang dari dulu minat dalam taekwondo untuk ke peringkat lebih tinggi namun terpaksa melupakannya kerana perlu meneruskan perniagaan kedai runcit milik ayah saya," katanya.
Pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu pada Khamis minggu lepas.
Rakaman video pergaduhan yang tular itu antaranya memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan saling membuat provokasi sehingga menjadi usikan netizen.
Bagaimanapun, semalam tular sekeping foto yang memaparkan kedua-dua mereka berjabat tangan dan menyelesaikan isu tersebut secara baik.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kedua-dua lelaki telah menarik balik laporan polis mereka dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Goh Yap Eng dan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu mencapai kata sepakat untuk menarik balik kes masing-masing. - Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.

Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng
Polis menahan lima lelaki hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.

17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.

Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.

Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.

Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.

Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.