KUALA LUMPUR: Laluan lencongan dan penutupan jalan di Persiaran Alam Damai akan dilakukan oleh pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berikutan kren gantri terjatuh di tapak pembinaan kawasan itu mengakibatkan dua buruh asing maut.
SUKE dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan di lokasi kemalangan mulai Isnin sehingga Ahad.
Ini bermakna, pengguna jalan raya dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Alam Damai akan dilencongkan ke Jalan Cerdas (pasar malam Taman Connaught) untuk keluar ke Jalan Alam Damai berhampiran OCBC Bank melalui kawasan bangunan Altitude 36.
"Sepanjang penutupan jalan dijalankan, hanya penduduk tinggal di kawasan Altitude 36, Mandarina, Universiti UCSI dan Kondominium Puncak Banyan dibenarkan menggunakan laluan itu.
"Pengawal trafik lalu lintas, kon keselamatan, papan tanda amaran dan tunjuk arah akan diletakkan di sepanjang laluan terbabit," jelas SUKE.
BACA: NIOSH minta kontraktor semak semula aspek keselamatan di tapak bina
BACA: Insiden kren gantri SUKE: Rasuk konkrit boleh jatuh jika mangsa tersepit dikeluarkan
Manakala, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang merupakan pemegang konsensi lebuh raya berkenaan, memaklumkan kejadian difahamkan berlaku apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Pagi tadi, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan SUKE, Jalan Alam Damai.
Sehubungan itu, SUKE menasihatkan orang awam mematuhi papan tanda arah, kelajuan, keselamatan dan arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan lancar serta selamat di sepanjang laluan itu.
Faris Danial Razi
Mon Mar 22 2021
![Insiden kren SUKE: Laluan di Persiaran Alam Damai ditutup sehingga Ahad Insiden kren SUKE: Laluan di Persiaran Alam Damai ditutup sehingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616394704_KemalanganSUKEIn.jpg)
SUKE dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan di lokasi kemalangan mulai Isnin sehingga Ahad. - Astro AWANI \ SHAHIR OMAR
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Insiden kren SUKE: Laluan di Persiaran Alam Damai ditutup sehingga Ahad Insiden kren SUKE: Laluan di Persiaran Alam Damai ditutup sehingga Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616394704_KemalanganSUKEIn.jpg)
Insiden kren SUKE: Laluan di Persiaran Alam Damai ditutup sehingga Ahad
Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan di lokasi kemalangan mulai Isnin sehingga Ahad.
![Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616394704_KemalanganSUKEIn.jpg)
Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE
Menurut bomba, dua mangsa jatuh dari ketinggian 120 kaki dan disahkan meninggal dunia.