Rahimah Abdullah
Wed Dec 28 2016

Dalam kejadian 25 Ogos lalu, besi penyangkut sebuah kren di tapak pembinaan terjatuh dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atas Syarikat Domain Resources Sdn Bhd kerana gagal menyediakan prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita, Chin Khoon Sing, pada 25 Ogos lalu.
Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin membuat keputusan tersebut kerana mengambil kepentingan orang awam selepas wakil syarikat, Hong Chuan, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, Domain Resources dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (1) Akta Kesalahan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama, iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Intan Noorashikin Nasaruddin.
Manakala syarikat berkenaan diwakili peguam Harshaan dari Karpal Singh & Co.
Pihak pembelaan dalam pada itu memohon mahkamah mengurangkan hukuman denda ke atas syarikat itu mengikut Seksyen 56 akta yang sama.
Ia berikutan tertuduh didakwa telah menambahbaik keselamatan di kawasan tapak pembinaan dan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih selamat.
Pada masa sama, pihak syarikat telah memberikan bantuan sewajarnya kepada pihak keluarga mangsa dan mereka didakwa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat.
Sementara itu, pihak pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap syarikat berkenaan yang telah gagal menyediakan prosedur kerja selamat serta mengambilkira kekerapan kemalangan yang kerap berlaku di tapak pembinaan.
Pada masa sama, kesalahan dilakukan syarikat itu telah menyebabkan trauma kepada keluarga mangsa.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atas syarikat berkenaan.
Dalam kejadian 25 Ogos lalu, Chin, 24, maut dihempap besi penyangkut sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, di ibu negara.
Dalam kejadian 7.03 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh daripada kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Insiden kren: Domain Resources didenda RM40,000 gagal sedia kerja selamat
Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin membuat keputusan tersebut kerana mengambil kepentingan orang awam selepas wakil syarikat, Hong Chuan, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.