JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat resort dan bot penumpang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi, April lepas.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, Majistret Rashidah Baharom menjatuhkan hukuman itu ke atas Winter Snow Sdn Bhd yang diwakili seorang lelaki berusia 61 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Beliau berkata wakil syarikat itu membayar denda berkenaan.
"Maritim telah mendakwa syarikat resort dan bot yang terlibat dalam kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas dan tiga daripadanya berjaya ditemukan, manakala seorang penyelam remaja lelaki tidak ditemui.
"Maritim telah membuat siasatan lanjut ke atas pengusaha resort dan bot, serta pengendali bagi mengenal pasti punca-punca kemalangan atau kecuaian yang berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Nizam berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, sewaktu hari kejadian, bot tidak dikendalikan dengan kru yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Pelabuhan di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1952.
"Wakil syarikat didapati bersalah oleh mahkamah kerana telah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 12 Peraturan Bot 1953 iaitu beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000," katanya.
Beliau berkata pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Azlan Bohari, manakala wakil syarikat tidak diwakili peguam.
Justeru, Khairul Nizam mengingatkan kepada semua pengusaha resort dan bot supaya mengikut segala undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan sebelum menjalankan aktiviti rekreasi air bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan di laut berlaku termasuk kehilangan nyawa.
Pada 6 April lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.
Tiga penyelam Kristine Grodem, 35, warga Norway, Adrian Peter Chesters, 46, warga British dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis ditemukan selamat manakala Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.

Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.

Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.

Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.

Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.

Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.

Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.

Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.

Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.