LUMUT: Dua penyelam yang dikhuatiri hilang berhampiran Pulau Jarak, dekat sini, malam tadi, ditemui selamat.
Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menerima maklumat daripada Balai Polis Pulau Pangkor berhubung kejadian itu di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pulau Jarak pada 7.04 malam.
Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, maklumat sama turut disalurkan kepada Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dan Maritime Component Operation Commander (MCOC) bagi mendapatkan bantuan dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Menurutnya, mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.
“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Pulau Jarak bagi tujuan pemantauan tahap kesihatan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di pulau berkenaan sekitar jam 8 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sebelum itu, kata Shahrizan, kedua-dua mangsa melakukan aktiviti selaman di kawasan Pulau Jarak bersama tiga rakan penyelam yang lain yang juga merupakan warga tempatan dengan menaiki bot sewaan.
Bagaimanapun, katanya, dua mangsa itu tidak kelihatan di permukaan laut menyebabkan pengendali bot berusaha mencari mereka selama satu jam di kawasan tersebut, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk sebelum membuat laporan.
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Acheh, dekat sini, itu berada dalam keadaan selamat dan stabil ketika didaratkan di Jeti Pulau Jarak.
“Kedua-dua mangsa akan didaratkan di Lumut dengan bantuan aset TLDM serta dua anggota Maritim Perak hari ini,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 10 2022

Dua penyelam yang dikhuatiri hilang berhampiran Pulau Jarak, dekat sini, malam tadi, ditemui selamat. -Maritim Malaysia
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.

Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.

Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.

Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.

Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.

Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.

Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.

Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.

Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.