Kepatahan tujuh tulang rusuk pada bahagian kiri belakang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya dikesan ketika proses bedah siasat yang dijalankan pada 18 Disember lalu.
Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohd Shah Mahmood berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di Institut Jantung Negara (IJN).
Saksi ke-27 itu kemudiannya memohon untuk mendapatkan imbasan CT Scan dan X-Ray daripada pegawai penyiasat polis bagi meneliti kecederaan berkenaan sama ada berlaku ketika kejadian atau sepanjang 21 hari menerima rawatan.
“Kecederaan unik itu tidak dilihat ketika saya melakukan pemeriksaan klinikal terhadap mangsa ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN, pada 30 November 2018.
“Kami turut tertanya-tanya berkenaan hal ini kerana kami tiada maklumat berkenaannya,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada hari ke-20 prosiding inkues di Mahkamah Koroner, pada Jumaat.
Ujarnya, kecederaan itu hanya dapat dikenal pasti selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian selepas lima hari bedah siasat dijalankan.
"Ketika melawat lokasi, kami cari punca yang menyebabkan tujuh rusuk belakang patah dan kami periksa FRT lihat apa-apa objek nipis lurus dan menegak.
“Pada ketika itu ada enam kemungkinan iaitu bucu kiri dan kanan jentera FRT serta dua tangga di belakang FRT yang memberi empat kemungkinan penyebab patah tujuh tulang rusuk,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga menafikan kecederaan Muhammad Adib akibat terhimpit antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan juga Van EMRS kerana ia mampu mendorong kecederaan yang lebih parah.
Dr Mohd Shah turut dibawa melihat kenderaan Van EMRS dan mendapati pintu depan kiri EMRS mempunyai bahagian nipis, menegak dan anggaran ketebalan dua milimeter (mm).
“Hanya ketika itu kami berpandangan objek tumpul dan nipis yang sangat bersesuaian dengan patah tujuh rusuk belakang secara menegak.
“Pemeriksaan seterusnya pada bahagian pintu depan kiri iaitu pada kunci pintu (plate).
“Sedikit menonjol dan ini bersesuaian dengan punca calar memanjang abdomen belakang 15 sentimeter (cm),” katanya.
Saksi ke-27 itu turut mengesahkan kepada Mahkamah Koroner bahawa kecederaannya itu tidak membawa petanda akibat dipukul atau diserang dan tiada juga tanda mempertahankan diri pada tangan dan kaki.
“Ia kecederaan sangat unik dan paling unik patah tujuh tulang rusuk belakang dan ini kali pertama saya lihat kes tujuh rusuk patah secara lurus dan menegak,” katanya.
Hilmi Malik
Fri Mar 29 2019
![Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553853472_IJN.jpg)
Dr Mohd Shah berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di IJN. -Astro AWANI
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556608114_HamdanHamzah.jpg)
Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan pihak Pengendali Inkues sebelum ini.
![Inkues Adib: 'Saya tak tahu 2 saksi pakar terima ugutan, ubah penilaian' - Pegawai Pengendali Inkues Adib: 'Saya tak tahu 2 saksi pakar terima ugutan, ubah penilaian' - Pegawai Pengendali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61556003368_INKUESADIB.jpg)
Inkues Adib: 'Saya tak tahu 2 saksi pakar terima ugutan, ubah penilaian' - Pegawai Pengendali
Seorang saksi pakar didakwa cuba meyakinkannya saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan Adib berpunca daripada pintu EMRS.
![Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61556003368_INKUESADIB.jpg)
Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohammad setelah pihaknya menyatakan telah berpuas hati dengan kesemua keterangan saksi.
![Inkues Adib: Pihak kuil tarik balik permohonan Inkues Adib: Pihak kuil tarik balik permohonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555299928_Peguam.jpg)
Inkues Adib: Pihak kuil tarik balik permohonan
Beliau berharap agar pihak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 tidak dipersalahkan sekiranya terdapat individu yang masih mengaitkan pihak kuil dengan punca kematian mangsa.
![Pasukan inkues Adib lawat semula van EMRS, mahu keputusan adil Pasukan inkues Adib lawat semula van EMRS, mahu keputusan adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554964499_BOMBA.jpg)
Pasukan inkues Adib lawat semula van EMRS, mahu keputusan adil
Menurut Pegawai Pengendali Inkues, Faten Hadni Khairuddin lawatan itu bertujuan bagi mencapai keputusan adil.
![Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553853472_IJN.jpg)
Inkues Adib: Tulang rusuk patah hanya dikesan ketika bedah siasat - Pakar forensik
Dr Mohd Shah Mahmood berkata pihaknya tidak mengetahui akan kecederaan berkenaan kerana tidak dimaklumkan ketika di Institut Jantung Negara (IJN).
![Inkues Adib: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul Inkues Adib: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550134352_TBARWAHADIB.jpg)
Inkues Adib: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul
Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan isyarat ditarik pada bahagian bahu dan mengangguk sebaik sahaja ditanya benarkah dia dipukul.