Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa memutuskan untuk membenarkan permohonan pihak Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah untuk memanggil semula saksi ke-24 yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi untuk memberi keterangan semula.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan pihak Pengendali Inkues sebelum ini.
BACA: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
Menurut hujahan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah, terdapat beberapa isu yang perlu diperjelaskan semula oleh saksi berkenaan berhubung corak kecederaan dan teori yang dikemukakan saksi ke-29 iaitu bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr Shahrom Abdul Wahid.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata saksi berkenaan wajar dipanggil semula untuk memberi penjelasan serta untuk mendapatkan keadilan bagi semua pihak dan bukan bertujuan untuk menyanggah mana-mana pihak.
"Bagi saya saksi ini perlu diberi peluang untuk menjelaskan perkara ini. Koroner tidak patut abaikan keterangan saksi.
"Bagi saya ini bukan sanggahan, tapi perkara yang ketinggalan dan saya merasakan Koroner tidak boleh tinggalkan satu keterangan lagi kerana ada asasnya, ia memberi impak kuat kepada keputusan," katanya ketika mahkamah bersidang.
Sebelum ini, Koroner Rofiah Mohammad menolak permohanan pihak Pengendali Inkues untuk memanggil semula saksi berkenaan atas alasan telah berpuas hati dengan keterangan kesemua pihak dan boleh mencapai keputusan.
Bagaimanapun, suasana di dalam mahkamah kelihatan tegang ekoran pendirian pihak peguam Syazlin Mansor mewakili keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, yang menegaskan tiada keperluan untuk memanggil semula saksi berkenaan.
"Saksi yang dipanggil semula ini hanya untuk menyanggah teori yang dikemukakan Prof Shahrom yang yang mendapati kecederaan Adib akibat perbuatan manusia, dan saya tegaskan tiada sebarang fakta baharu.
"Setiap pakar ada pendapat masing-masing dan mereka tidak akan berganjak dengan pendapat mereka," katanya terlebih dahulu kepada Hakim.
Barisan peguam mewakil keluarga Muhammad Adib kemudian memaklumkan kepada mahkamah untuk membuat rayuan terbaharu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim menetapkan tarikh 10 Mei untuk Hafizam dipanggil semula memberi keterangan.
Hilmi Malik
Tue Apr 30 2019

Hamdan berkata terdapat beberapa isu yang perlu diperjelaskan semula oleh saksi berkenaan berhubung corak kecederaan dan teori yang dikemukakan saksi ke-29. -Gambar fail
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Inkues Adib: Teori kecederaan pakar forensik kelirukan mahkamah - Peguam
Kekeliruan itu merujuk pada gambar bahu jalan sebagai bahan bukti yang diletakkan pada fail paling berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada dada kanan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Inkues Adib: Sukar tentukan punca corak kecederaan secara spesifik - Saksi
Hal ini kerana, kes berada di dalam keadaan 'blind' di mana tiada sebarang saksi atau bukti kukuh yang melihat kejadian secara menyeluruh pada malam kejadian.

Inkues Adib: Jika Adib ditarik keluar dari van, mungkin ada dua kematian - Saksi
Katanya, pelaku yang menarik Muhammad Adib, yang berada di bahagian sebelah kiri van EMRS itu, turut berdepan risiko mengalami kecederaan parah atau kematian, kerana berada pada zon bahaya.

Inkues Adib: Teori kiraan pelanggaran tidak tepat - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam mendakwa terdapat kesilapan dari segi pengiraan teori daya serta faktor keadaan Van EMRS yang tidak diambil kira, termasuk berat dan pergerakan kenderaan itu.

Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan pihak Pengendali Inkues sebelum ini.

Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohammad setelah pihaknya menyatakan telah berpuas hati dengan kesemua keterangan saksi.

Jangan guna media sosial bincang kes Muhammad Adib - Timbalan Menteri
Maklumat berkaitan kes itu boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Inkues Adib: Corak kecederaan bukan kesan dipukul - Pakar forensik
Beliau mendapati tiada sebarang kecederaan di muka, kepala, atau bahagian abdomen seperti tindakan mempertahankan diri.