Semua pihak diminta tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan apa juga maklumat berkaitan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Maklumat berkaitan kes itu boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Menurutnya, penggunaan media sosial akan menimbulkan pelbagai spekulasi, sekali gus boleh mengganggu siasatan.
"Saya menyeru kepada sesiapa yang ada maklumat berkenaan kes Muhammad Adib supaya menggunakan platform yang sesuai untuk mengutarakan pandangan mereka.
"Khususnya oleh kerana, inkues sedang berlangsung, dan mereka boleh volunteer untuk tampil ke depan untuk memberi maklumat melalui inkues, supaya kita boleh mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku.
"Itu yang paling penting untuk pihak kita. Yang paling penting adalah supaya kita mengenal pasti apakah kebenaran sebenar berkenaan kes Muhammad Adib ini," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang jururawat yang tular di media sosial, kononnya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi membuat kenyataan tidak tepat pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang dijalankan di Mahkamah Koroner.
Pada Jumaat, Dr Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 berpandangan corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada bukan seperti biasa dialami seseorang yang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.
BACA: Inkues Adib: Corak kecederaan bukan kesan dipukul - Pakar forensik
Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen di laman sosial Facebook menyatakan bahawa kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh ‘violence’ (keganasan).
Bagaimanapun, pada Sabtu, jururawat berkenaan membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataannya.
Dia juga berharap pihak yang menularkan dakwaan itu agar memadamkannya.
BACA: Tampil jika ada maklumat berkaitan kes kematian Muhammad Adib - Zuraida
Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis, 2018.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 24 2019

DR LEE: Gunakan platform yang sesuai untuk mengutarakan pandangan. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Inkues Adib: Teori kecederaan pakar forensik kelirukan mahkamah - Peguam
Kekeliruan itu merujuk pada gambar bahu jalan sebagai bahan bukti yang diletakkan pada fail paling berkemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada dada kanan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Inkues Adib: Sukar tentukan punca corak kecederaan secara spesifik - Saksi
Hal ini kerana, kes berada di dalam keadaan 'blind' di mana tiada sebarang saksi atau bukti kukuh yang melihat kejadian secara menyeluruh pada malam kejadian.

Inkues Adib: Jika Adib ditarik keluar dari van, mungkin ada dua kematian - Saksi
Katanya, pelaku yang menarik Muhammad Adib, yang berada di bahagian sebelah kiri van EMRS itu, turut berdepan risiko mengalami kecederaan parah atau kematian, kerana berada pada zon bahaya.

Inkues Adib: Teori kiraan pelanggaran tidak tepat - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam mendakwa terdapat kesilapan dari segi pengiraan teori daya serta faktor keadaan Van EMRS yang tidak diambil kira, termasuk berat dan pergerakan kenderaan itu.

Inkues Adib: Mahkamah benarkan permohonan panggil semula saksi pakar
Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan pihak Pengendali Inkues sebelum ini.

Inkues Adib: Mahkamah Koroner tolak permohonan panggil semula saksi pakar
Perkara itu diputuskan Koroner Rofiah Mohammad setelah pihaknya menyatakan telah berpuas hati dengan kesemua keterangan saksi.

Jangan guna media sosial bincang kes Muhammad Adib - Timbalan Menteri
Maklumat berkaitan kes itu boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsung, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Inkues Adib: Corak kecederaan bukan kesan dipukul - Pakar forensik
Beliau mendapati tiada sebarang kecederaan di muka, kepala, atau bahagian abdomen seperti tindakan mempertahankan diri.