Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibuat oleh dua saksi pakar yang mendakwa pihaknya menerima ugutan.
Beliau ketika ditemui pada Selasa sebaliknya berkata hanya mengetahui berhubung perkara itu pada pagi ini.
"Saya tak tahu pasal report itu; hanya tahu menerusi laporan berita pagi ini. Saya tidak boleh komen kalau nak dapatkan komen boleh pergi HKL", katanya selepas ditemui di luar mahkamah.
Pada 20 April, dua saksi pakar telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya yang dikatakan telah menerima ugutan dan terdapat cubaan pihak yang mempengaruhi penilaian mereka terhadap kes tersebut.
Menerusi laporan polis yang dipetik sebuah portal berita, salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan menerima laporan tersebut.
Hilmi Malik
Tue Apr 23 2019

Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibuat oleh dua saksi pakar yang mendakwa pihaknya menerima ugutan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Inkues Adib: 'Saya tak tahu 2 saksi pakar terima ugutan, ubah penilaian' - Pegawai Pengendali
Seorang saksi pakar didakwa cuba meyakinkannya saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan Adib berpunca daripada pintu EMRS.