KUALA LUMPUR: Indonesia adalah jiran penting kepada Malaysia, justeru kedua-dua negara sepatutnya boleh saling melengkapi antara satu sama lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan bekerjasama dengan baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta.
“Saya fikir daripada bersaing dengan sengit, kita sepatutnya boleh saling melengkapi, dan itu menjadi 'semangat' perbualan saya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan diikuti oleh industri,” katanya semasa temu bual eksklusif bersama program ‘The CNBC Conversation’ yang disiarkan hari ini.
Martin Soong, hos program temu bual itu bertanyakan kepada Anwar sama ada Malaysia akan bersaing dengan Indonesia untuk membina rantaian bekalan baterinya, daripada perlombongan hingga kepada pemasangan, susulan minat pelaburan oleh Tesla.
Perdana Menteri berkata Malaysia telah mengeluarkan baterinya sendiri dan mampu menawarkan kelebihan kepada pembuat kenderaan elektrik (EV) itu.
“Pemahamannya, sudah tentu, untuk membeli bateri kami. Ia lebih murah dan dihasilkan di sini dan (ia memberi kelebihan), itulah yang mereka katakan, Mengapa mereka perlu membawa bateri dari seluruh dunia?
"Apa yang penting adalah kami mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bahagian atau bateri yang diperlukan kereta," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata, bukan sesuatu yang baharu bagi pelabur asing untuk memegang 100 peratus pemegangan saham ekuiti di Malaysia.
"Terdapat pengecualian yang diberikan bagi aktiviti atau pelaburan berkaitan transformasi digital atau teknologi maklumat (IT)... kami telah melakukannya pada masa lalu, (tetapi) sangat selektif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Tesla akan menjual kenderaan elektriknya di negara ini tanpa permit diluluskan (AP) adalah langkah 'sekatan tanpa lesen' sekali sahaja atau petanda yang menunjukkan pihak lain turut boleh berbuat demikian.
"Jadi isunya bukan hanya Elon Musk. Saya rasa amat diperlukan di negara ini untuk memberi keyakinan dan penyertaan pemain kami yang berminat dengan SpaceX, yang mana tiga syarikat Malaysia (yang) terlibat," katanya, tanpa mengulas lanjut. -- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Anwar (kiri) bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di veranda Istana Kepresidenan Bogor pada 9 Januari 2023. -Gambar fail/Bernama
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Rangkaian 5G: Hassan Karim dakwa kerajaan dibayangi kapitalis kroni
Penganugerahan tender rangkaian kedua 5G oleh MCMC kepada U Mobile Sdn Bhd, membuktikan kerajaan seolah-olah terpaksa akur dengan golongan kapitalis di negara ini.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Banjir Sepanyol: PM Anwar sampaikan rasa simpati
Anwar Ibrahim menyampaikan rasa simpati beliau kepada orang ramai di Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.
China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.
PM Anwar, delegasi Malaysia diberi penghormatan tinggi dalam lawatan kerja ketiga ke China
Malaysia menerima penghormatan besar oleh China dalam siri lawatan kerja ketiga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu yang bermula 4 hingga 7 November 2024.
Kerajaan sentiasa pantau keselamatan pasukan MALBATT di Lubnan - PM Anwar
Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob sentiasa memaklumkan setiap perkembangan pasukan pengaman tersebut.