JAKARTA: Indonesia sedang membina hospital antarabangsa baharu di Kota Denpasar, Bali dalam usahanya untuk menarik pelancong perubatan dan menggalakkan rakyatnya mendapatkan rawatan perubatan di dalam negara berbanding di luar negara.
Presiden Joko Widodo berkata pada masa ini terdapat dua juta rakyat Indonesia yang melancong ke luar negara, termasuk ke Malaysia, Jepun, Singapura dan Amerika Syarikat, untuk mendapatkan penjagaan kesihatan dengan anggaran perbelanjaan bernilai 97 trilion rupiah (US$6.8 bilion).
"Saya berharap hospital itu juga akan menjadi destinasi pelancongan kesihatan," katanya pada majlis pecah tanah di Bali, pada Isnin.
Inisiatif itu adalah selaras dengan usaha pentadbirannya untuk terus meningkatkan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa.
Hospital Antarabangsa Bali, di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Negara dan rakan kongsinya Mayo Clinic, sebuah pusat perubatan akademik Amerika, dijangka memulakan operasinya pada pertengahan 2023.
Dalam perkembangan lain, syarikat milik kerajaan PT Bio Farma bersedia untuk memulakan pengeluaran vaksin COVID-19 tempatan menjelang Jun tahun depan.
Negara itu merancang untuk menghasilkan sehingga 77 juta dos vaksin, kata Menteri Perusahaan Negeri Erick Thohir, sambil menambah bahawa percubaan klinikal Fasa 1 untuk menilai keselamatan awal vaksin telah dijalankan pada 13 Dis 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Joko Widodo berucap pada majlis pecah tanah hospital antarabangsa baharu di Kota Denpasar, Bali, 27 Dis 2021. - Foto Facebook Joko Widodo

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.

Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Perolehan pelancongan kesihatan Turkiye melonjak ke AS$2.3 bilion
Portal "Heal in Turkiye" dengan sokongan Kementerian Kesihatan menjadi lambang kepada lonjakan sektor pelancongan kesihatan di Turkiye.

Pelancongan kesihatan: Tourism Johor akan adakan pertemuan dengan hospital pakar
Tourism Johor akan mengadakan pertemuan dengan beberapa hospital pakar dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan kesihatan di negeri itu.

Pelancongan kesihatan: MHTC sasar RM2.4 bilion pendapatan, hampir RM10 bilion limpahan ekonomi
Industri yang menerima limpahan ekonomi itu meliputi pelancongan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi.

MMC, AAR jalin kerjasama tingkat kualiti perkhidmatan pelancongan kesihatan
Kerjasama itu juga akan mengukuhkan lagi matlamat pusat itu dalam memberi perkhidmatan terbaik, khususnya kepada pesakit luar negara.

Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.

Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

Pembukaan sempadan: Johor kembali jadi destinasi pilihan pelancongan kesihatan
Hospital Pakar KPJ Johor yang mula menerima pesakit dari Indonesia sebaik sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas.

Malaysia kekal destinasi pilihan utama pelancong kesihatan Indonesia - MHTC
Pada 2019, lebih 670,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia.