KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman audio yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung kementerian itu berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Dalam masa sama, "Datin" yang menerima rakaman suara berkenaan merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri.
"Berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi, Jawatankuasa Siasatan Dalaman
Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung Kementerian Luar Negeri.
"Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan dan beliau telah membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara tersebut dibuat oleh beliau sendiri dan individu yang bergelar “Datin” tersebut merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum
pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perikatan Nasional," kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Audio tular kepada 'Datin': Wisma Putra jalankan siasatan dalaman
Justeru, Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan
kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Memandangkan laporan polis berhubung perkara yang telah tular ini telah dibuat 11 April 2022 yang lalu dan ia turut melibatkan melibatkan invidu di luar Kementerian Luar Negeri, maka Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan sewajarnya," kata kenyataan.
Sebelum ini, tular audio durasi 135 saat di media sosial berkenaan mesej seorang lelaki kepada 'Datin' yang dipercayai menyatakan permasalahan dalaman kementerian itu.
Isu melibatkan Kementerian Luar memuncak selepas dua diplomatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipanggil balik.
Astro Awani
Fri Apr 15 2022
Jawatankuasa Siasatan Dalaman KLN telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung kementerian itu berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi. - Gambar fail
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Timbalan Menteri Luar ketua delegasi Malaysia ke NAM
Kenyataan Malaysia antara lain akan menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan negara-negara membangun.
'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.
Konflik di Gaza tidak jejas persiapan TH
Konflik Palestin-Israel di Gaza tidak akan menjejaskan persiapan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk terus menghantar jemaah haji bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu musim depan.
401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diselamatkan
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan hina al-Quran di The Hague
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji mencemarkan al-Quran oleh pelampau anti-Islam, Edwin Wagensveld yang merupakan pemimpin berhaluan kanan di The Hague, Belanda pada 22 Jan.
Isu bakar al-Quran: Wisma Putra panggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden
Wisma Putra telah menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan pihak berkuasa Sweden mengambil tindakan terhadap Paludan.
8 mangsa sindiket tawaran kerja dibawa pulang dari Dubai - Wisma Putra
Kesemua mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 pagi Jumaat.
Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kementerian Luar Negeri harini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.
Individu di sebalik audio tular kepada "Datin" dikenal pasti - Wisma Putra
Individu disyaki membuat rakaman mengandungi tuduhan terhadap Kementerian Luar Negeri dikenal pasti.
Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjelaskan kontrak Ahmad Idham dan Eizlan telah ditamatkan.