KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13 Feb).
KLN berkata daripada jumlah laporan yang didapati melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) itu, seramai 401 orang telah berjaya diselamatkan, dengan 377 orang telah dihantar pulang.
"Baki seramai 24 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses pengusiran pulang, manakala 163 orang lagi masih sedang dikesan," menurut KLN dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen di sini.
Ia sebagai menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang antara lain mahu kementerian menyatakan mengapa tindakan tidak diambil untuk membantu menyelamatkan warga Malaysia yang ditipu dan diculik oleh sindiket scam pekerjaan di Kemboja dan mengapa Special Task Force tidak ditubuhkan untuk berunding dengan pihak Kemboja.
KLN turut memaklumkan Task Force yang diketuai oleh KLN dan melibatkan agensi-agensi berkaitan telah pun ditubuhkan bagi menangani isu ini secara bersepadu dan menyeluruh.
Ia adalah satu kesinambungan kepada usaha berterusan antara pihak kementerian dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di luar negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula sejak suku pertama tahun 2022 lagi untuk menangani isu ini.
KLN mahupun PDRM juga tidak pernah menggalakkan pihak keluarga untuk membayar sebarang wang tebusan atau merujuk kepada pihak persendirian mahupun badan bukan kerajaan dalam mengendalikan perkara itu.
"Waris mangsa sentiasa disarankan untuk melaporkan kepada pihak PDRM dan merujuk dengan KLN sekiranya waris beliau dikenal pasti terlibat dalam sindiket jenayah tersebut.
"Individu yang menerima tawaran pekerjaan di luar negara adalah digalakkan untuk membuat semakan tawaran tersebut terlebih dahulu dengan kementerian ini, Perwakilan Malaysia atau kedutaan negara yang berkenaan sekiranya khuatir atau was-was dengan tawaran yang diterima," maklum kementerian itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13 Feb). - Gambar fail/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Proses susulan bawa keluar mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dipercepat
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diselamatkan
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13