BEIJING: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa tindakan susulan bagi memastikan proses membawa keluar mangsa dapat dilakukan dengan lebih mantap.
"Bagi pihak Wisma Putra, kita amat gembira apabila beberapa isu telah dibincangkan sewaktu lawatan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Fadillah (Yusof) dan telah mendapat persetujuan.
"Untuk kes yang berlaku di Myanmar, hasilnya amat positif apabila kita dapat menjalin kerjasama dengan China," katanya ketika menghadiri sidang media Fadillah yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke China hari ini dan dijangka pulang ke tanah air esok.
Terdahulu, Fadillah berkata China telah memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
"Apabila terlibat dengan jenayah penipuan ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023

Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar. - Gambar fail/BERNAMA
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Proses susulan bawa keluar mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dipercepat
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diselamatkan
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13