KUALA LUMPUR: Lapan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dibawa pulang oleh Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai.
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, kesemua mangsa telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 pagi Jumaat.
Mereka kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan selanjutnya.
“Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai telah mengambil tindakan segera bagi membantu menyelamatkan mereka setelah menerima makluman berhubung perkara itu.
“Kementerian ini merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan UAE atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan dalam membantu dan mempercepatkan proses penghantaran pulang kesemua mangsa,” menurut kenyataan itu.
Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof atas bantuan dalam membawa pulang kesemua mangsa ke tanah air.
Setakat ini, ratusan mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dan dibawa pulang oleh Kementerian Luar Negeri.
Pada Oktober lalu, kementerian itu memaklumkan seramai 313 mangsa diselamatkan dari Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.
Astro Awani
Fri Dec 16 2022

Lapan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dibawa pulang oleh Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Wanita "keldai akaun" ditahan sebabkan kerugian RM213,200
Polis menahan seorang wanita yang disyaki menjadi "keldai akaun" kepada sindiket penipuan tawaran kerja secara dalam talian yang tidak wujud menyebabkan mangsa kerugian RM213,200.

8 mangsa sindiket tawaran kerja dibawa pulang dari Dubai - Wisma Putra
Kesemua mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.10 pagi Jumaat.