PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji mencemarkan al-Quran oleh pelampau anti-Islam, Edwin Wagensveld yang merupakan pemimpin berhaluan kanan di The Hague, Belanda pada 22 Jan.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Malaysia kecewa melihat perbuatan Islamofobia yang berulang hanya dalam beberapa hari meskipun mendapat kecaman global.
"Ketaksuban dan perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap Islam mesti dihentikan segera," menurut kenyataan itu.
Malaysia mengulangi pendirian bahawa sifat perkauman dan sebarang bentuk penghinaan terhadap kitab suci, tanpa mengira agama adalah tidak boleh diterima sama sekali dan harus dikecam.
"Malaysia amat percaya bahawa hak kebebasan bersuara adalah bersekali dengan tanggungjawab tertentu dan tidak boleh disalah guna," menurut Wisma Putra.
Malaysia menggesa semua pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan dialog, persefahaman, dan mempromosikan semangat hidup bersama secara aman dalam dunia yang berbilang agama dan budaya untuk mencapai keamanan dan keharmonian di kalangan masyarakat dunia yang pelbagai.
"Kami juga menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) untuk segera menangani isu yang membimbangkan ini dalam mencari penyelesaian yang terbaik dalam mempromosikan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama di seluruh dunia, menurut kenyataan itu," menurut kenyataan itu.
Sebuah video di media sosial pada Isnin memaparkan aksi provokatif Wagensveld mengoyakkan beberapa halaman daripada salinan al-Quran di The Hague dan membakarnya dalam kuali.
Provokasi itu berlaku susulan insiden serupa Sabtu lalu ketika Rasmus Paludan, seorang ahli politik pelampau Sweden-Denmark bertindak membakar senaskah Al-Quran berhampiran Kedutaan Turkiye di ibu negara Sweden, Stockholm hingga mencetuskan kemarahan Turkiye dan di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Malaysia mengulangi pendirian bahawa sifat perkauman dan sebarang bentuk penghinaan terhadap kitab suci, tanpa mengira agama adalah tidak boleh diterima sama sekali dan harus dikecam.- Fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

11 maut dalam insiden tembakan di sekolah di Sweden
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Orebro, Sweden.

Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.

Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.

Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan
Anggota kumpulan Abba Bjorn Ulvaeus telah berkahwin dengan pasangannya Christina Sas dalam satu majlis yang dikendalikan oleh hos program "QI," Sandi Toksvig, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Olimpik Paris 2024: Sweden raih emas bola tampar pantai
Sweden tidak menghadapi banyak masalah dalam kemenangan 21-10, 21-13 ke atas Jerman.

Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.

Sweden minat jalin kerjasama hijau dengan Malaysia bagi pertumbuhan mampan - Duta besar
Sweden berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia sejajar potensi pertumbuhan serta pakatan dalam amalan lestari bagi inisiatif mampan.

Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.

Sweden catat cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu mencatatkan suhu paling rendah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.