KUALA LUMPUR : Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea Sabtu lalu.
Namun, terdapat seorang warganegara yang dilaporkan cedera telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi rakyat Malaysia itu bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Selain itu, pihak Kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudah cara urusan perjalanan kedua-dua ibu dan bapa beliau ke Korea Selatan.
Kedutaan dalam pada masa sama akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077 8600, +82 010 8974 8699 atau e-mel kepada mweoul@kln.gov.my.
Nabilah Khaleeda
Wed Nov 02 2022

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa. - Reuters
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Rempuhan Itaewon: Siasatan selesai, 23 pegawai Korea Selatan dirujuk untuk pendakwaan
Polis Korea Selatan telah menyelesaikan siasatan yang mengambil masa berbulan-bulan pada Jumaat mengenai rempuhan orang ramai yang membawa maut di kejiranan Itaewon, ibu kota Seoul tahun lepas.

Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai
Kawasan Itaewon yang lazimnya bergemerlapan semasa musim cuti Krismas bagaikan 'pekan hantu' tanpa kehadiran orang ramai sejak tragedi rempuhan yang berlaku Oktober lalu.

Angka korban tragedi rempuhan Halloween Itaewon meningkat ke 158
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan, mangsa terkini merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.

Tragedi Halloween Itaewon: Seorang rakyat Malaysia cedera, tiada yang terkorban
Kementerian Luar Negeri harini mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.

Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan
Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah.

Lima hal 'pelik' berlaku ketika tragedi Halloween Itaewon
Tragedi Halloween terus menjadi perhatian dunia apabila meragut 154 nyawa pada malam Sabtu lalu.

Tragedi Halloween Itaewon: Ismail Sabri ucap takziah kepada Korea Selatan
Malaysia turut bersedih atas tragedi itu, kata Perdana Menteri.

Tragedi Halloween Itaewon: Korea Selatan berkabung kenang mangsa
Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin.

Tragedi Halloween Itaewon: Polis Seoul terima 355 laporan orang hilang
Pihak berkuasa metropolitan Seoul menerima 355 laporan individu hilang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan ketika festival Halloween di daerah Itaewon.

Tragedi Halloween Itaewon: Lebih 150 disah maut, angka kematian dijangka terus meningkat
Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh manakala 103 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Itaewon, Seoul.