SEOUL: Rempuhan orang ramai yang berlaku pada malam Sabtu di daerah Itaewon, Korea Selatan semasa perayaan Halloween sebahagiannya berpunca daripada pengurusan orang ramai yang lemah, menurut Perdana Menteri Han Duck-soo pada Selasa.
"Satu daripada punca utama (kejadian itu) adalah pengurusan orang ramai, dengan (Korea Selatan) kurang mendapat sokongan institusi dan tiada tindakan sistematik yang mencukupi," kata Han pada sidang akhbar bersama wartawan asing di Seoul, lapor Xinhua.
Han berkata walaupun lebih ramai pegawai polis dikerahkan ke Itaewon, ia mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal orang ramai susulan tiadanya peraturan lengkap untuk tujuan itu.
Beliau berikrar untuk mempertingkat peraturan yang berkaitan bagi mengelak bencana seperti itu berulang, sambil menyatakan bahawa punca kejadian itu akan diketahui selepas polis menyelesaikan siasatan.
BACA: Lima hal 'pelik' berlaku ketika tragedi Halloween Itaewon
Sekurang-kurangnya 156 orang terbunuh dan 151 lagi cedera dalam insiden terburuk di negara itu sejak peristiwa feri karam pada April 2014 menyebabkan 304 terkorban, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang masuk ke lorong berbukit yang sempit dan terjatuh di daerah hiburan malam yang popular di Seoul.
Kebanyakan mangsa berumur belasan tahun, 20-an dan 30-an apabila lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween tanpa pelitup muka, acara terbesar di negara itu sejak penularan wabak COVID-19 pada 2020.
Kekurangan pegawai polis untuk mengawal orang ramai yang terperangkap dan terhimpit di jalan sesak dipercayai mencetuskan insiden terbabit.
Menurut polis 137 anggota digerakkan untuk acara Halloween pada Sabtu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022
![Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan Kawalan pengunjung tidak mencukupi punca tragedi Halloween Itaewon - PM Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667305512_SouthKoreaHallowee.jpg)
Lebih 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk meraikan Halloween sebelum kejadian itu berlaku. - Gambar fail/ AP
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667228702_TBItaewon.jpg)
Tragedi Halloween Itaewon: Parti pemerintah berikrar ambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab
Polis dikatakan gagal bertindak walau sudah menerima banyak panggilan kecemasan daripada orang ramai pada malam itu.
![Tragedi Itaewon: Acara Halloween, persembahan K-pop dibatalkan Tragedi Itaewon: Acara Halloween, persembahan K-pop dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667127003_SouthKoreaHallowee.jpg)
Tragedi Itaewon: Acara Halloween, persembahan K-pop dibatalkan
Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan.
![Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667061528_SouthKoreaHallowee.jpg)
Tragedi Halloween Itaewon: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan
Pihak kedutaan kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta mengikuti perkembangan terkini tragedi rempuhan.