KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) bagi perkhidmatan Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman meningkat 2.1 peratus pada suku tahun pertama 2022.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkhidmatan itu menjadi pendorong kepada peningkatan 0.6 peratus bagi keseluruhan IHRPP kepada 110.9 berbanding 110.2 pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata IHRPP bagi industri Keseniaan, Hiburan dan Rekreasi turut meningkat 1.2 peratus.
"Kenaikan bagi indeks Restoran dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Bergerak (2.6 peratus) mendorong kepada kenaikan indeks Penginapan dan Perkhidmatan Makanan dan Minuman.
"Seterusnya, kenaikan harga bahan mentah seperti ayam dan telur, sedikit sebanyak telah menaikan harga dalam Perkhidmatan Makanan dan Minuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi subsektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi, Mohd Uzir berkata kenaikan itu didorong terutamanya oleh harga yang lebih tinggi bagi Aktiviti Hiburan dan Rekreasi Lain iaitu 1.5 peratus.
"Subsektor lain yang merekodkan kenaikan adalah Pendidikan (0.6 peratus) dan Pengangkutan (0.3 peratus), manakala Aktiviti Hartanah, Profesional dan Kesihatan masing-masing meningkat 0.2 peratus.
"Bagaimanapun, indeks Maklumat dan Komunikasi kekal tidak berubah," katanya.
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, IHPRP meningkat kepada 0.2 peratus yang disumbangkan oleh subsektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi (2.5 peratus), Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman (1.0 peratus) dan Pendidikan (0.5 peratus).
"Kenaikan dalam subsektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi disumbangkan terutamanya oleh Aktiviti Perjudian dan Pertaruhan dimana meningkat sebanyak 2.9 peratus.
"Indeks bagi subsektor Profesional dan Kesihatan masing-masing mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus," jelasnya.
Namun begitu, ujar beliau indeks bagi Pengangkutan mencatatkan penurunan sebanyak 0.9 peratus disebabkan oleh penurunan bagi Pengangkutan Penumpang Udara (-4.5%), manakala indeks bagi subsektor Maklumat dan Komunikasi serta Aktiviti Hartanah kekal tidak berubah.
Astro Awani
Mon May 09 2022
![Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 0.6 peratus - DOSM Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 0.6 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624450637_diari.jpg)
Perkhidmatan Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman meningkat 2.1 peratus pada suku tahun pertama 2022. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
![Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
![Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024 Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus.
![Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
![Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
![Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
![Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang
Pada 9.18 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 3.56 mata kepada 1,549.95 daripada 1,553.51 di akhir dagangan Selasa lepas.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6980/7035 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 pada Khamis.
![Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal berikutan aktiviti ambil untung Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal berikutan aktiviti ambil untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682562781_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal berikutan aktiviti ambil untung
Pada 9.16 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.62 mata kepada 1,543.09 daripada 1,544.71 di akhir dagangan semalam.
![Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709069690_DepartmentofStatis.jpg)
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.