KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
Beliau berkata sektor perlombongan terus meningkat 6.6 peratus daripada peningkatan dua digit 10.0 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (7.2 peratus) dan pengekstrakan gas asli (4.6 peratus).
"Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat perlahan 1.3 peratus (April 2024: 5.4 peratus), dengan indeks pengeluaran ternakan dan penanaman tanaman kekal masing-masing meningkat sebanyak 3.7 peratus dan 3.1 peratus.
"Pada masa yang sama, sektor pembuatan meningkat 1.0 peratus (April 2024: 0.8 peratus) disumbangkan oleh indeks pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (9.6 peratus)," katanya dalam kenyataan mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan, Malaysia bagi Mei 2024 yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata bagi sektor utiliti, indeks bekalan air naik 8.7 peratus, manakala indeks bekalan elektrik dan gas meningkat 1.5 peratus.
Mohd Uzir berkata pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan turun negatif 0.9 peratus daripada peningkatan 0.5 peratus yang dicatatkan pada April 2024.
Sektor utama mengalami penurunan dan telah menyebabkan kemerosotan indeks keseluruhan pada bulan ini, katanya.
Beliau berkata sektor perlombongan turun negatif 5.5 peratus (April 2024: 2.1 peratus) disebabkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (-6.8 peratus) dan pengekstrakan gas asli (-1.7 peratus).
Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan susut negatif 4.6 peratus daripada peningkatan 0.7 peratus pada bulan sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (-7.8 peratus), katanya.
"Begitu juga, sektor pembuatan turun negatif 0.1 peratus (April 2024: 0.3 peratus) disebabkan oleh pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-2.5 peratus).
"Sementara itu, indeks bekalan elektrik dan gas dan bekalan air kekal positif dengan masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 1.1 peratus dan 1.4 peratus," katanya.
Mengenai harga komoditi Malaysia yang terpilih, Ketua Perangkawan berkata purata harga minyak sawit mentah (MSM) pada Mei 2024 ialah RM3,902.50 setiap tan, meningkat 2.8 peratus daripada Mei 2023, namun susut 8.3 peratus berbanding harga April 2024.
Menurut penyelidikan MIDF, momentum harga reda lebih awal daripada jangkaan, kembali kepada harga Februari 2024 apabila risiko cuaca panas dan kering telah berkurangan, katanya.
Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak bijirin global pada 2024/25 diunjurkan meningkat kepada 687 juta tan, meningkat 4.0 peratus, manakala pengeluaran kacang soya adalah 422 juta tan, peningkatan sebanyak 6.0 peratus pada asas tahunan, katanya.
"Ini akan mendorong harga minyak sayuran dan minyak kacang soya ke arah aliran menurun, termasuk risiko pengurangan bekalan," katanya.
"MIDF turut mengunjurkan harga MSM berada pada RM3,600 setiap tan sepanjang 2024, lebih rendah daripada jangkaan oada sekitar RM3,900 hingga RM4,200," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Mohd Uzir (foto) berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024. -Gambar fail/Bernama
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.
Malaysia, Kyrgyz sedia teroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian
Perkara itu disepakati dalam pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia Anvar Anarbaev.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan minat belian baharu
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.
Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang data AS utama dikeluarkan minggu ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus.