KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia merosot kepada -3.0 peratus pada April 2023 daripada -2.9 peratus pada Mac 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.
Jabatan itu berkata sektor pertanian, perhutanan dan perikanan terus menunjukkan trend negatif selama 10 bulan berturut-turut, merekodkan -26.0 peratus berbanding -28.7 peratus pada Mac.
Sementara itu, sektor perlombongan turut mencatatkan penurunan -4.7 peratus pada April 2023 berbanding -11.5 peratus pada bulan sebelumnya, kesan kejatuhan indeks pengekstrakan petroleum mentah -12.5 peratus.
Pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan marginal 0.2 peratus pada April 2023 berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 0.8 peratus, disebabkan peningkatan dalam indeks penanaman tanaman kekal (1.1 peratus), manakala sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 0.5 peratus, seiring dengan peningkatan indeks pengekstrakan petroleum mentah (1.5 peratus).
Sektor pembuatan pula mencatatkan peningkatan perlahan 0.1 peratus, disebabkan oleh indeks pembuatan produk makanan (0.9 peratus) dan pembuatan kimia dan produk kimia (0.7 peratus).
Sementara itu, sektor bekalan elektrik dan gas turun kepada -0.6 peratus berbanding 0.5 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, manakala sektor bekalan air kekal tidak berubah.
DOSM turut menjelaskan bahawa ketidaktentuan harga terutamanya dalam tenaga dan produk makanan memberi kesan kepada indeks harga pengeluar di kebanyakan negara.
IHPR Amerika Syarikat meningkat 2.3 peratus selepas peningkatan 2.7 peratus pada Mac 2023, yang boleh dilihat pada permintaan makanan akhir terutamanya dalam indeks buah-buahan segar dan tembikai serta telur untuk kegunaan segar.
Walau bagaimanapun, inflasi pengeluar India turun -0.9 peratus (Mac 2023: 1.3 peratus) pertama kali sejak Julai 2020, manakala harga pengeluar China pula turun -3.6 peratus berbanding -2.5 peratus pada bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.

KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.

Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.

Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.

Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.