KUALA LUMPUR: Imuniti dan keistimewaan Ahli Parlimen semasa berucap atau berbahas pada sesi persidangan Dewan Rakyat masih terbatas di bawah peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut pakar politik serta perlembagaan.
Mereka berkata wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas kerana ia adalah perkara yang dilarang sebagaimana digariskan secara terperinci oleh Perlembagaan Persekutuan.
Bercakap kepada Bernama, pakar perlembagaan Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dan dilindungi ketika berbahas di Dewan Rakyat namun mereka perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau berkata hukuman penggantungan Ahli Parlimen Perikatan Nasional Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan disifatkan sebagai wajar kerana telah bertindak secara tidak profesional dan menyalahi tatakelola disiplin dan peraturan mesyuarat.
"Keistimewaan diperoleh Ahli-Ahli Parlimen di bawah perlindungan imuniti Parlimen tidak bermaksud mereka diberikan kebebasan sepenuhnya semasa berbahas di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
"Beliau sepatutnya tahu tetapi kenapa masih menggunakan hujah tanpa fakta yang sah dalam perbahasan? Bagi saya, ini bukanlah salah guna imuniti tetapi Wan Ahmad Fayhsal lebih kepada menyalahi tatacara sebagai seorang Ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penggantungan Wan Ahmad Fayhsal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula semalam susulan dakwaannya mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Sebelum itu, usul berkenaan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah diluluskan melalui undi belah bahagi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan bahawa 110 Ahli Parlimen bersetuju manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan selepas ia dibahas oleh beberapa wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.
Wan Ahmad Fauzi berkata setiap Ahli Parlimen mempunyai batasan tertentu iaitu tidak menyentuh perkara sensitif di bawah fasal (4) Perkara 10 yang boleh menjadi suatu kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 jika membuat sesuatu kenyataan yang cenderung menghasut.
Penganalisis politik Mujibu Abd Muis pula berkata semua Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk memenuhi mandat yang menuntut mereka menjadi penggubal undang-undang dan dasar negara secara profesional serta konstruktif demi kepentingan masyarakat.
Bagaimanapun, pada pengamatan beliau perkara itu tidak dicerminkan di Dewan Rakyat apabila terdapat segelintir Ahli Parlimen menggunakan persidangan sebagai 'pentas politik' dan bukannya untuk berbahas mengenai perkara-perkara penting yang melibatkan rakyat.
"Ada sesetengahnya lebih banyak berpolitik daripada menjadi seorang ahli legislatif dan tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk berbahas dengan baik sebaliknya lebih kepada untuk mendapatkan petikan suara politik untuk populariti sahaja.
"Sudah tiba masa kita melihat kepada kualiti Ahli Parlimen. Mereka juga perlu insaf, bermuhasabah dan sedar bahawa mereka itu berada di Parlimen atas kapasiti sebagai wakil yang membawa suara rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
![Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Reaksi Wan Ahmad Fayhsal ketika mendengar usul tentang penggantungan beliau daripada sidang Parlimen susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan MAHB, di Bangunan Parlimen, 18 Julai 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Dua pembantu rapat Imran Khan ditahan
Pihak Polis Pakistan menahan dua pembantu rapat bekas perdana menteri Imran Khan dalam sebuah serbuan ke atas sekretariat parti, Pakistan Tehreek-E-Insaaf (P-T-I) pada Isnin,
Ancaman baharu kepada wanita hamil, bayi baru lahir
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel
Isu penempatan Israel: Singapura kaji pendapat nasihat ICJ
Jelas beliau, pihaknya melihat penempatan israel di tebing barat sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan ia menjadikan lebih sukar untuk mencapai penyelesaian dua negara melalui rundingan.
6 maut ditembak di pusat jagaan orang tua di Croatia
Laporan media turut menambah, salah seorang mangsa yang terkoban merupakan ibu suspek yang berada di pusat jagaan orang tua itu sejak 10 tahun lalu.
Tentera berkawal di Dhaka, perintah berkurung dilonggarkan
Tiada protes dilaporkan berlaku pada Isnin dan perintah berkurung dilanjutkan selama dua jam berbanding hari sebelumnya bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan.
UAE jatuhkan hukuman kepada 57 warga Bangladesh
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjatuhkan hukuman penjara kepada 57 warga Bangladesh kerana menghasut rusuhan dan menyertai protes di ibu kota negara itu termasuk hukuman penjara seumur hidup.
Tumpuan Isnin – 23 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (22 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya hubungi kedutaan minta tolong' - Pelajar Malaysia
Nur Syaqila berkata ketika rusuhan tercetus, dia telah menghubungi pihak kedutaan bagi membolehkan dia dan rakan-rakannya bergerak ke bangunan kedutaan seawal jam 4 pagi pada 19 Julai lalu.
Pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
![Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar
Wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas.
![Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668437191_KJKEMPEN.jpg)
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
![Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721300391_TBNasution.jpg)
Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution
Tindakan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat dilihat melampaui batas dan perlu ditolak rakyat.
![Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
![PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719178662_WanAhmadFayhsal.jpg)
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.
![Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712055550_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
![Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Isu stoking tertera kalimah Allah: Armada Bersatu persoal kelewatan siasatan, tindakan
Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya menyokong titah Sultan Ibrahim yang mahu siasatan serta tindakan tegas diambil.
![Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
![PM bukan Melayu: Cadangan pinda Perlembagaan hanya untuk api-apikan keadaan - Anwar PM bukan Melayu: Cadangan pinda Perlembagaan hanya untuk api-apikan keadaan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702627461_TBANWARjpg.jpg)
PM bukan Melayu: Cadangan pinda Perlembagaan hanya untuk api-apikan keadaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, pihak yang membuat saranan tersebut nyata tidak memahami konsep sebenar Perlembagaan Persekutuan.